MyKad Baharu Bakal Hadir Dengan 53 Ciri Keselamatan

KONGSI

MyKad baharu dijangka akan diperkenalkan pada bulan hadapan,dengan pembaharuan yang lebih unik dari segi keselamatan. Berbanding MyKad semasa yang hanya ada 23 ciri keselamatan, versi baharu ini akan hadir dengan 53 ciri.

Apa yang baharu dalam MyKad ini?

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias menjelaskan bahawa ciri keselamatan yang dinaik taraf merangkumi:

  • Ukiran laser
  • Elemen ultraungu (UV)
  • Hologram
  • Corak guilloche
  • Teks mikro
  • Kod QR untuk tujuan penguatkuasaan
  • Cip dengan enkripsi yang dipertingkatkan

“Ia sudah tentu mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik berbanding apa yang ada sekarang,” katanya selepas mesyuarat pengurusan JPN bersama media semalam (7 Mei 2026).

Beliau turut menegaskan bahawa JPN sudah bersedia dan tarikh pelancaran rasmi kad pengenalan baharu ini akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Tiada ciri Touch ‘n Go Pada MyKad Baharu

Walau bagaimanapun, ada satu perkara yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia iaitu MyKad baharu ini i tidak lagi mempunyai fungsi melibatkanciri Touch’n Go.

Menurut Badrul Hisham, pengenalan MyKad baharu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh keselamatan identiti, sejajar dengan perkembangan teknologi dan cabaran keselamatan terkini.

Selain MyKad, versi terkini MyPoCA dan MyTentera juga akan diperkenalkan pada bulan yang sama.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments