CMLink Tawar Pelan Prabayar di Malaysia, Harga Bermula RM25 Sebulan Sahaja!

KONGSI

Sebuah syarikat telekomunikasi China, China Mobile kini telah memasuki pasaran Malaysia secara rasminya melalui jenama CMLink dengan kerjasama bersama Maxis sebagai pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO).

Perkongsian ini diumumkan pada bulan Ogos 2025 dan kini CMLink sudah menerima pelanggan dengan pelan prabayar tanpa terikat dengan kontrak.

Berapa Harga Pelan CMLink?

Berikut adalah empat pelan utama yang ditawarkan oleh CMLink untuk anda:

Pelan & HargaData TempatanMinit Panggilan
Basic: RM25/bulan40GBTanpa had
Standard: RM35/bulan200GBTanpa had
Plus: RM50/bulan350GBTanpa had
Unlimited: RM100/bulanTanpa hadTanpa had

Selain pelan utama, pelanggan juga boleh membuat pembelian tambahan (add-on) data dan roaming mengikut keperluan.

Apa Yang Membezakan CMLink Dengan Telco Lain?

Kebanyakan MVNO di Malaysia menawarkan perkara yang sama iaitu data, panggilan, eSIM, dan kekalkan nombor lama (port-in). Begitu juga dengan CMLink.

Namun, apa yang membezakan CMLink daripada telco lain adalah perkhidmatan khusus berkaitan China. Kesemua pakej yang ditawarkan (kecuali pelan RM25/40GB) dilengkapi dengan data roaming ke China, malah terdapat pelan yang turut menawarkan minit panggilan keluar dan masuk dari negara Tanah Besar itu.

Lebih menarik lagi, CMLink menawarkan perkhidmatan 1-Kad-Pelbagai-Nombor. Dengan ciri ini, anda boleh hubungkan nombor telefon dari China atau Hong Kong terus ke nombor CMLink Malaysia anda. Caj tambahan hanya RM5 sebulan.

Cara Membuat Pembayaran Bulanan

Untuk membuat pembayaran bulanan, CMLink menerima kad kredit, Alipay, UnionPay, WeChat Pay, Apple Pay dan Google Pay.

Kepelbagaian kaedah pembayaran ini amat memudahkan orang ramai terutamanya bagi mereka yang sudah terbiasa menggunakan e-dompet (e-wallet) dari China.

Berbaloi Ke Dapatkan Pelan CMLink?

Kalau anda seorang peniaga yang kerap berulang-alik dari Malaysia ke China atau ada keluarga di sana, CMLink boleh jadi pilihan yang praktikal.

Bagi pengguna biasa pula, CMLink dengan pelan RM25 sebulan boleh dikatakan berbaloi untuk dilanggan memandangkan pakej 40GB internet sebulan serta panggilan telefon tanpa had sudah mencukupi bagi kebanyakan orang.

Untuk butiran lanjut dan pendaftaran, layari laman web rasmi CMLink Malaysia di my.cmlink.com.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments