Diskaun Sehingga RM35 Untuk Jualan 9.9 Di Shopee, Lazada Dan ZALORA

KONGSI

BSN kembali dengan pelbagai promosi kad kredit sempena 9.9, kali ini merangkumi ZALORA, Shopee dan Lazada. Maybank turut serta dengan tawaran di Lazada. Tawaran ini sah untuk pemegang kad kredit masing-masing sepanjang bulan September, dengan tempoh utama tertumpu pada minggu pertama dan kedua. 

Diskaun 15% Dan Pulangan Tunai RM15 Untuk ZALORA

Menurut terma dan syarat rasmi BSN, anda layak mendapat diskaun 15% dengan perbelanjaan minimum RM130 di ZALORA jika membuat bayaran menggunakan Kad Kredit/-i BSN, tertakluk kepada had maksimum RM25. Diskaun ini sama untuk kedua-dua tempoh penebusan, hanya kod promo yang berbeza. Slot VIP Early Access menggunakan kod BSNZALZVIP99, sah dari 4 September (6 petang) hingga 5 September (11:59 malam). Tempoh 9.9 utama pula menggunakan kod BSNZAL9926, sah dari 6 September (12 tengah malam) hingga 11 September (11 pagi).

Pengguna myBSN pula layak untuk mendapat pulangan tunai e-dompet RM15 dengan perbelanjaan minimum RM80 di ZALORA, jika melakukan pembayaran menggunakan myBSN Internet Banking (FPX). Tawaran ini sah dari 4 September (6 petang) hingga 11 September (11 pagi), terhad kepada 310 penebusan pertama sahaja.

Baucar Shopee Sehingga RM20 Potongan Ikut Tempoh Penebusan

Menurut laman promosi rasmi BSN, tiga baucar berasingan disediakan untuk anda yang berbelanja di Shopee, setiap satu dengan syarat yang berbeza. Baucar diskaun RM20 (minimum RM150) dan baucar bertindan diskaun RM5 (minimum RM280) sama-sama sah dari 1 hingga 11 September, dengan had sebanyak 100 penebusan setiap satu. Baucar ketiga pula ialah RM15 diskaun dengan minimum RM150, dibuka dari 15 hingga 30 September, had 100 penebusan. 

Pengguna myBSN pula boleh mendapat potongan RM10 dengan minimum perbelanjaan RM75 dengan menggunakan kod BSNFPXSEP dan bayar melalui myBSN FPX. Tawaran ini sah dari 6 September (8 malam) hingga 10 September (11:59 malam), terhad kepada 1,000 penebusan pertama. 

Diskaun Tambahan Kad Lain Di Shopee 

Selain baucar BSN, ada juga diskaun tambahan daripada kad lain sepanjang jualan Shopee 9.9 Super Shopping Day, dengan kadar diskaun antara RM8.60 hingga RM20. Baucar BSN diskaun RM8.6 adalah satu-satunya di sini yang tiada minimum perbelanjaan. Pemegang kad AEON Credit boleh dapat diskaun RM20 dengan minimum perbelanjaan RM120, manakala pengguna kad Mastercard layak untuk diskaun RM15 dengan minimum perbelanjaan RM100.

Diskaun Terhad RM9 Dan RM99 Di Shopee

Shopee turut menjalankan Diskaun Terhad RM9 dan RM99 sepanjang jualan 9.9, dengan produk terpilih dijual pada harga istimewa mengikut slot masa tertentu dari 8 hingga 9 September. Slot pertama bermula jam 8 malam pada 8 September, diikuti beberapa sesi sepanjang 8 dan 9 September. Shopee cadangkan anda masukkan barangan ke dalam troli awal-awal supaya boleh daftar keluar dengan pantas sebaik sahaja slot dibuka.

Jualan 9.9 Mega Brand Sale Di Lazada

Jualan 9.9 Mega Brand Sale di Lazada berlangsung dari 6 hingga 11 September, dengan baucar kempen dan baucar kedai yang boleh digabungkan dengan diskaun lain. Jualan ini turut merangkumi penghantaran percuma, LazCoins dan pelbagai promosi lain.

Selain promosi Lazada tersebut, pemegang kad turut boleh nikmati diskaun tambahan daripada bank dan rangkaian kad masing-masing:

KadDiskaunMinimum Perbelanjaan
BSNDiskaun RM6RM50
BSNDiskaun RM20RM200
UnionPayDiskaun RM15RM80
UnionPayDiskaun RM15RM120
MastercardDiskaun RM10RM100
AEON CreditDiskaun RM35RM200
AEON CreditDiskaun RM18RM180
Public BankDiskaun RM25RM200
UOBDiskaun RM32RM200
UOBDiskaun RM28RM200
Bank MuamalatDiskaun RM25RM250

BSN Bagi RM28 Off Di Lazada, Maybank Naikkan Ke RM30

Pengguna BSN juga layak mendapat potongan RM28 dengan minimum perbelanjaan RM220 di Lazada dari 8 September (8 malam) hingga 11 September, dengan had 100 penebusan. Terdapat juga baucar penghantaran percuma berasingan, diskaun RM5 dengan minimum RM15, sah dari 15 hingga 30 September untuk 86 penebusan pertama. 

Menurut laman rasmi Maybank2u pula, Maybank menawarkan diskaun RM30 dengan minimum perbelanjaan RM200, untuk pemegang Kad Kredit Maybank dan Maybank Islamic. Tawaran ini sah dari 8 September (8 malam) hingga 11 September (11:59 malam), had 200 penebusan. Selepas tempoh itu tamat, Maybank menawarkan promosi kedua bermula 24 September, iaitu Pay Day Special dengan diskaun RM25 bagi perbelanjaan minimum RM180, sah hingga 27 September, had 160 penebusan.

Kedua-dua tawaran Maybank ini khusus untuk pengguna baharu kad kredit Maybank atau Maybank Islamic di Lazada, dan bagi Ahli Kad yang tidak menggunakan kad tersebut untuk beli-belah di platform itu dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan lepas.

Sesetengah Baucar Lazada Boleh Digabung

Pemegang kad BSN ada dua baucar Lazada yang boleh digabungkan sesama sendiri, iaitu diskaun RM6 dengan minimum RM50 dan diskaun RM20 dengan minimum RM200. Begitu juga dengan pengguna UnionPay yang ada dua baucar diskuan RM15, dengan minimum perbelanjaan RM80 dan RM120, turut disenaraikan sebagai baucar boleh digabung. Walaupun begitu, semak dahulu syarat setiap promosi sebelum daftar keluar kerana penggabungan baucar mungkin tertakluk kepada syarat tertentu.

Perbelanjaan Lebih Besar, Diskaun Lebih Besar

Kalau anda rancang beli barangan bernilai lebih tinggi sempena 9.9, Public Bank ada promosi berasingan untuk pembelian besar di Lazada. Pemegang Kad Kredit Public Bank Mastercard layak dapat diskaun RM50 dengan minimum perbelanjaan RM500, atau diskaun RM100 dengan minimum perbelanjaan RM1,000. Promosi ini sah untuk pembelian melalui aplikasi mudah alih Lazada sahaja. Diskaun RM100 ini yang terbesar berbanding semua tawaran Lazada lain yang disenaraikan, walaupun ia juga memerlukan minimum perbelanjaan yang paling tinggi.

Semak Syarat Sebelum Anda Bayar

Baucar Shopee dan Lazada beroperasi atas dasar ‘siapa cepat, dia dapat’ dengan had penebusan terhad, antara 86 hingga 200 slot bergantung pada tawaran, jadi ia boleh habis sebelum tempoh promosi tamat. Sebelum anda daftar keluar, semak dahulu terma dan syarat penuh untuk memastikan kad dan kaedah pembayaran anda layak untuk diskaun tersebut.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen