DOSM: Jualan Sektor Pembuatan Catat RM173.1 Bilion, Naik 5.3% Pada Mac 2026

KONGSI

Sektor pembuatan Malaysia terus mencatatkan prestasi kukuh dengan nilai jualan bagi Mac 2026 mencecah RM173.1 bilion, naik 5.3% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ini merupakan satu peningkatan berbanding kadar pertumbuhan Februari 2026 yang berada pada 3.9%. Berbanding bulan sebelumnya, nilai jualan turut melonjak 8.7% daripada RM159.2 bilion yang dicatatkan pada Februari 2026.

Sektor Elektrik dan Elektronik Jadi Pendorong Utama

Sub-sektor produk elektrik dan elektronik (E&E) kekal menjadi penyumbang terbesar kepada pertumbuhan nilai jualan, dengan kenaikan 13.3% pada Mac 2026 berbanding Februari 2026 (13.8%). 

Selain itu, dua sub-sektor lain turut menyokong pertumbuhan ini:

Sub-sektorPertumbuhan Mac 2026Pertumbuhan Feb 2026
Produk elektrik & elektronik (E&E)+13.3%+13.8%
Makanan, minuman & tembakau+7.8%+2.8%
Produk mineral bukan logam, logam asas & produk logam fabrikasi+3.7%+3.2%

Eksport Juga Jadi Penyumbang

Industri berorientasikan eksport yang menyumbang 71.7% daripada jumlah jualan sektor ini, berkembang 6.5% pada Mac 2026 (Februari 2026: 4.5%). Pertumbuhan ini didorong oleh:

IndustriPertumbuhan Mac 2026Pertumbuhan Feb 2026
Pembuatan komputer, elektronik & produk optik+15.2%+16.1%
Pembuatan minyak & lemak sayur-sayuran dan haiwan+10.2%-0.9%
Pembuatan jentera dan peralatan+2.7%+1.5%

Berbanding bulan sebelumnya, industri berorientasikan eksport melonjak 10.7%.

Pada masa yang sama, industri berorientasikan domestik turut tumbuh 2.5% pada Mac 2026 (Februari 2026: 2.7%), disokong oleh:

  • Pembuatan produk pemprosesan makanan: naik 5.0% (Februari 2026: 6.3%)
  • Pembuatan logam asas: naik 3.6%
  • Pembuatan produk mineral bukan logam yang lain: naik 3.2%

Dari bulan ke bulan, industri berorientasikan domestik berkembang 4.0%.

Apa yang Berubah Bagi Pekerja dan Gaji?

Seramai 2.4 juta pekerja tercatat dalam sektor pembuatan pada Mac 2026, naik 1.1% berbanding tahun lalu (Februari 2026: 1.0%). Peningkatan ini didorong terutamanya oleh:

  • Sub-sektor makanan, minuman dan tembakau yang naik 2.1%
  • Sub-sektor produk E&E dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam fabrikasi, masing-masing naik 1.4%

Walau bagaimanapun, berbanding bulan sebelumnya, bilangan pekerja turun sedikit sebanyak 0.1%.

Dari segi gaji pula, jumlah gaji dan upah yang dibayar dalam sektor ini meningkat 2.2% kepada RM8.56 bilion pada Mac 2026 (Februari 2026: 2.0%). Berbanding bulan lalu, jumlah ini turun 0.2%.

Produktiviti jualan per pekerja dicatatkan pada RM71,705, naik 4.2%. Purata gaji dan upah bagi setiap pekerja pula berada pada RM3,547, meningkat 1.1% berbanding tahun lalu. 

Pertumbuhan 5.5% Pada Prestasi Suku Pertama 2026

Untuk tempoh Januari hingga Mac 2026 (S1 2026), sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM501.5 bilion, berkembang 5.5% (S4 2025: 5.8%).

Berikut adalah ringkasan bagi prestasi suku pertama:

  • Bilangan pekerja: 2.4 juta orang, naik 1.1%
  • Jumlah gaji dan upah: RM25.9 bilion, naik 2.3%
  • Nilai jualan bagi setiap pekerja: RM207,779, naik 4.4%

Sebelum ini, DOSM melaporkan median upah bulanan pekerja formal warganegara Malaysia naik 4% kepada RM3,167 pada Disember 2025.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan ekonomi dan perkembangan negara, anda boleh baca artikel-artikel kami berkaitan laporan DOSM.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini. 

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments