Kenapa LHDN Mahu Anda Simpan E-Invois Mulai Sekarang? Ini Sebabnya

KONGSI

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggalakkan semua pembayar cukai untuk mula meminta e-invois bagi setiap perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai individubermula tahun ini.

Ia bukanlah sekadar peringatan biasa, sebaliknya sebahagian daripada projek perintis LHDN ke arah pengisian awal (pre-filling) maklumat pelepasan cukai secara automatik dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2026 (YA 2026).

Ini bermakna, LHDN sedang membina sistem yang membolehkan anda mengisi borang cukai anda secara separa automatik berdasarkan data e-invois anda.

Macam Mana Nak Dapatkan E-Invois?

Apabila anda membuat sebarang pembelian yang berkaitan dengan pelepasan cukai, anda hanya perlu memberikan nombor kad pengenalan atau nombor pengenalan cukai (TIN) anda kepada penjual. Penjual tersebut kemudiannya akan mengeluarkan e-invois atas nama anda.

Perbelanjaan yang berpotensi diisi secara automatik dalam borang cukai anda termasuk:

  • Pembelian komputer peribadi atau telefon pintar
  • Perbelanjaan berkaitan gaya hidup
  • Insurans
  • Yuran pusat jagaan kanak-kanak
  • Kategori pelepasan lain yang ditetapkan oleh LHDN

Lebih Mudah Untuk Urus Rekod Cukai Anda

Selain membantu proses percukaian, e-invois juga memudahkan anda menyimpan dan mengurus rekod perbelanjaan. Semua transaksi dan tuntutan pelepasan cukai boleh disemak terus melalui MyInvois Portal.

Hubungi LHDN Jika Ada Sebarang Persoalan

Untuk bantuan lanjut berkaitan e-invois, anda boleh menghubungi LHDN melalui saluran berikut:

  • Pejabat LHDN berhampiran anda
  • Meja bantuan e-Invois LHDN: 03-8682 8000
  • MyInvois Live Chat
  • E-mel: einvoice@hasil.gov.my

Anda juga boleh rujuk senarai pelepasan cukai pendapatan (e-filing YA 2025) untuk mengetahui lebih lanjut. Artikel-artikel kami yang lain berkaitan cukai pendapatan juga dapat membantu anda.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments