Feri Dan 3 Tapak Warisan Pulau Pinang Percuma Sempena Hari Malaysia 2026

KONGSI

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menawarkan perkhidmatan feri secara percuma pada 16 September 2026 sempena sambutan Hari Malaysia dan Keretapi Sarong Festival. Selain itu, tiga tapak warisan negeri turut menawarkan kemasukan percuma pada 15 dan 16 September 2026, sempena ulang tahun ke-5 pengikhtirafan Bukit Bendera sebagai UNESCO Biosphere Reserve.

Feri Percuma Dari PSAH Dan PRTU

Anda boleh menggunakan tawaran ini di kedua-dua terminal, iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Seberang Perai dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di Pulau Pinang, mengikut jadual perkhidmatan sedia ada. Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, dalam satu kenyataan bahawa pejalan kaki akan mendapat penjimatan sebanyak RM2 bagi setiap perjalanan sehala, manakala pengguna kenderaan dua roda pula jimat RM2.50.

Lebih 10,000 Orang Guna Feri Sempena Hari Malaysia Tahun Lalu

Menurutnya, sambutan Hari Malaysia tahun lalu mencatatkan seramai 10,094 pejalan kaki dan 1,909 kenderaan dua roda menggunakan perkhidmatan feri untuk perjalanan pergi balik. Angka ini menyumbang kepada jumlah keseluruhan tahun 2025 sebanyak 3,131,131 pejalan kaki dan 784,065 kenderaan dua roda yang menaiki feri sepanjang tahun tersebut. Beliau berkata inisiatif ini turut bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang, selain menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih efisien.

3 Tapak Warisan Percuma Pada 15 Dan 16 September

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata dalam satu kenyataan bahawa tiga tapak yang menawarkan kemasukan percuma ialah Galeri Automotif Muzium Negeri Pulau Pinang, Kota Cornwallis dan Muzium Negeri Pulau Pinang. Beliau turut menjemput anda, pelancong dari negeri lain di Malaysia, dan pelancong luar negara melawat ketiga-tiga tapak ini.

Galeri Automotif Dan Kota Cornwallis Percuma Sehingga Oktober 

Wong turut memaklumkan bahawa kemasukan percuma ke Galeri Automotif dan Kota Cornwallis dilanjutkan sehingga Oktober 2026. Jadi kalau anda tidak sempat melawat pada 15 atau 16 September, anda masih boleh singgah pada bulan-bulan berikutnya.

Anda yang merancang untuk berjalan-jalan sempena cuti Hari Malaysia juga boleh manfaatkan pelbagai tawaran jenama lain yang sah sepanjang tempoh ini, dari set makanan bertema tempatan sehingga diskaun barangan elektrik dan rumah.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen