60% Rakyat Malaysia Menyesal Tak Mula Melabur Awal, Kos Sara Hidup Jadi Kebimbangan Utama

KONGSI

Kos sara hidup masih menjadi kebimbangan nombor satu rakyat Malaysia, tak kira usia. Itu dapatan tinjauan terbaharu Versa, platform kekayaan digital dan simpanan tempatan, yang melibatkan 1,333 responden merentasi empat generasi iaitu Gen Z, Milenial, Gen X dan Baby Boomer.

Tinjauan ini dijalankan sempena Hari Malaysia yang ke-63 tahun pada 16 September 2026. Rakyat Malaysia dari semua generasi ini berkongsi kekesalan kewangan, kebimbangan ekonomi dan nasihat masa depan yang hampir sama.

Kos Sara Hidup Risau Semua Generasi

43% responden bersetuju kos sara hidup bakal menjadi cabaran terbesar generasi akan datang. Ia mengatasi kebimbangan lain seperti kemampuan memiliki rumah, kos kesihatan dan keselamatan pekerjaan. Kalau boleh jamin satu kelebihan kewangan untuk masa depan, 27% responden memilih kos sara hidup lebih rendah berbanding gaji lebih tinggi atau pencen lebih baik.

Kenyataan Prabelanjawan 2027 oleh kerajaan pada Ogos 2026 turut meletakkan bantuan kos sara hidup dan peningkatan pendapatan isi rumah sebagai keutamaan. Ini sejajar dengan langkah sedia ada seperti subsidi bahan api bersasar dan pendigitalan sistem kesihatan, sebelum bajet dibentangkan pada Oktober.

Makin Berusia, Makin Menyesal Tak Melabur Awal

60% rakyat Malaysia menyesal kerana tidak belajar melabur lebih awal, berbanding hanya menyimpan wang sepanjang hidup mereka.

64% responden Gen X dan Baby Boomer mengaku menyesal tidak mula melabur awal, berbanding 60% Gen Z dan 58% Milenial. Mereka yang sudah lama berkerjaya turut rasa tertinggal, malah pada kadar yang lebih tinggi berbanding golongan muda.

Generasi Lebih Berusia Lebih Bimbang Tentang Masa Depan

Kebimbangan terhadap masa depan turut meningkat mengikut usia. Hanya 45.1% Gen Z percaya generasi akan datang bakal hadapi ekonomi lebih sukar. Angka ini naik ke 51.0% dalam kalangan Milenial, dan melonjak ke 61.1% bagi Gen X ke atas.

Bila ditanya tabiat kewangan paling penting untuk diwariskan, 68% responden memilih melabur awal walaupun dengan jumlah kecil, mengatasi pilihan lain seperti menyimpan peratusan tetap pendapatan atau mengelak hutang.

CEO Versa Kaitkan Dapatan Dengan Tabiat Kewangan Jangka Panjang

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Versa, Teoh Wei Xiang berkata, data ini menunjukkan rakyat Malaysia merentasi semua kumpulan umur turut berkongsi pandangan hampir sama tentang wang. “Kos sara hidup jadi kebimbangan utama isi rumah sekarang. Keinginan belajar melabur lebih awal turut dikongsi semua kumpulan demografi, menunjukkan peralihan ke arah membina tabiat kewangan jangka panjang untuk hadapi inflasi,” katanya.

Jumlah Kecil Pun Boleh Bermula

68% responden pilih melabur awal dengan jumlah kecil sebagai tabiat kewangan paling penting untuk diwariskan kepada generasi akan datang, mengatasi pilihan lain seperti menyimpan peratusan tetap pendapatan atau mengelak hutang sepenuhnya.

Cara Mula Melabur Menerusi Versa Invest

Kalau dapatan tinjauan ini buat anda tertarik nak mula melabur, Versa Invest membenarkan anda mula dengan modal serendah RM100. Tiada yuran jualan, pertukaran atau penebusan dikenakan, cuma yuran pengurusan dana yang didedahkan secara telus. Setiap dana diuruskan oleh AHAM Capital, dan pengeluaran biasanya mengambil masa sehingga 6 hari bekerja.

Versa Invest menawarkan pelbagai pilihan dana mengikut tahap risiko, dari dana patuh Syariah seperti Versa Global-i sehingga dana ekuiti antarabangsa seperti Versa US-Tech (tumpuan AS) dan Versa India Equity (tumpuan India). Sebelum mula, anda perlu lengkapkan Suitability Assessment Test (SAT) dalam aplikasi untuk kenal pasti tahap toleransi risiko anda sendiri.

Selain Versa Invest, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga menawarkan pelbagai jenis pelaburan, dari dana harga tetap seperti ASB dan ASM sehingga dana harga berubah seperti siri ASN.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen