Lebih separuh daripada individu kaya di Malaysia sudah ada pelan pewarisan harta yang formal, jauh mengatasi purata rantau Asia.
Ini antara dapatan utama daripada kajian terbaru HSBC Life bertajuk “Bridging the Intentions-Action Gap“ yang melibatkan lebih 900 individu High Net Worth (HNW) iaitu mereka yang mempunyai aset pelaburan bernilai AS$2 juta ke atas merentasi sembilan pasaran di Asia Pasifik dan Timur Tengah.
Malaysia Mengatasi Singapura, Hong Kong dan Taiwan
Sebanyak 52% individu HNW di Malaysia sudah mempunyai pelan pewarisan harta secara formal, mengatasi purata kajian iaitu 41%.
Lebih menarik, angka ini turut mengatasi pasaran yang lebih makmur seperti Singapura (45%), Hong Kong (26%), dan Taiwan (24%).
Salah satu faktor pendorong utama ialah pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.2% pada tahun 2025 yang turut melahirkan lebih ramai usahawan muda berpendapatan tinggi.
Mula Lebih Awal, Sebelum Usia 50
Malaysia juga berada di hadapan dari segi usia permulaan perancangan. Sebanyak 82% responden Malaysia mula merancang pewarisan harta sebelum mencapai usia 50 tahun.
Taiwan pula mencatatkan angka yang berbeza, di mana 40% responden baru mula merancang selepas usia 50.
Pertelingkahan Keluarga Jadi Kebimbangan Utama
Selain soal harta, faktor kekeluargaan turut memainkan peranan besar. Seramai 43% individu HNW di Malaysia menyatakan bahawa potensi pertelingkahan dalam keluarga adalah kebimbangan utama mereka. Susulan itu, meletakkan hasrat dan niat dengan jelas sejak awal adalah langkah yang penting.
Insurans Hayat Masih Ada Ruang untuk Berkembang
Pada peringkat rantau, 25% individu HNW menggunakan insurans hayat sebagai alat utama perancangan pewarisan harta mereka dimana India mendahului carta, diikuti dengan Thailand dan Indonesia.
Malaysia pula kini berada pada 17%, masih ada jurang berbanding purata rantau.
Menurut Linda Yip, Ketua Kekayaan Antarabangsa dan Perbankan Premier HSBC Malaysia, insurans hayat boleh melengkapi pelan pewarisan yang sedia ada dengan membantu keluarga melindungi penerima manfaat dan memindahkan kekayaan dengan cara yang lebih teratur.
Apa yang Boleh Anda Buat Sekarang
Bagi individu yang ingin memulakan atau mengemas kini pelan pewarisan harta, HSBC menawarkan khidmat Pengurus Hubungan (Relationship Manager) dan Pakar Insurans khas untuk pelanggan Premier dan Premier Elite.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh berkunjung ke cawangan HSBC yang berhampiran.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
