HSBC Malaysia Sedia Hulur Bantuan kepada Pelanggan yang Hadapi Masalah Kewangan

KONGSI

HSBC Malaysia menyatakan kesediaan mereka untuk membantu para pelanggan yang sedang berdepan dengan masalah kewangan terutamanya di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global yang berterusan termasuk ketengang di Asia Barat.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa bank tidak semestinya menjadi tempat yang menakutkan ketika kewangan anda tertekan.

Hubungi Bank Segera, Jangan Tunggu Masalah Bertimbun

HSBC Malaysia menggalakkan pelanggan supaya tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kritikal sebelum meminta bantuan. Lebih cepat anda menghubungi mereka, lebih banyak pilihan bantuan yang boleh dibincangkan bersama.

Setiap pelanggan ada situasi yang berbeza. Oleh sebab itu, HSBC menawarkan penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan masing-masing, bukan dengan satu penyelesaian yang sama untuk semua.

Bantuan Apa yang Ditawarkan?

HSBC Malaysia menyediakan dua pilihan sokongan utama buat masa ini:

  • Pelan pembayaran balik yang fleksibel: Tempoh atau jumlah ansuran boleh diubah suai mengikut kemampuan semasa anda
  • Penyelesaian kewangan yang disesuaikan: Direka khas berdasarkan keadaan kewangan anda yang spesifik

Matlamat mereka bukan sekadar untuk membantu anda yang menghadapi tekanan kewangan pada masa ini. Malah, memastikan kestabilan kewangan anda terjaga untuk jangka masa panjang.

Cara Hubungi HSBC Malaysia

Jika anda pelanggan HSBC yang memerlukan bantuan, berikut adalah cara untuk menghubungi mereka:

Jika anda sedang berdepan dengan tekanan kewangan, langkah pertama yang paling mudah ialah hubungi mereka lebih awal. Jangan tunggu.

Selain HSBC, beberapa institusi perbankan yang lain turut menawarkan bantuan kepada pelanggannya yang terjejas akibat krisis Asia Barat ini antaranya Maybank, CIMB, Bank Muamalat dan AmBank.

Ini menunjukkan bahawa institusi perbankan di Malaysia sentiasa komited untuk membantu para pelanggannya terutamanya golongan peniaga yang mempunyai masalah kewangan untuk membuat pembayaran balik pinjaman.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments