AEON Bank (M) Bhd telah melancarkan program Sustainable. Reliable. Income. (S.R.I.) bersama SURI Inspirasi Sdn Bhd iaitu satu inisiatif yang menyasarkan golongan belia dan ibu-ibu dari keluarga berpendapatan rendah untuk belajar menjahit dan menjana pendapatan sendiri.
Program ini bermula Mac 2026 dan disokong oleh program kewangan sosial iTEKAD Bank Negara Malaysia (BNM).
Siapa Yang Layak Sertai?
Program S.R.I. terbuka kepada ibu tunggal, wanita dan belia daripada komuniti B40 berusia 18 hingga 60 tahun, khususnya mereka yang:
- Berasal dari isi rumah yang bergantung pada satu sumber pendapatan
- Menganggur atau tidak mempunyai pendapatan tetap
Setiap kumpulan (kohort) berlangsung selama enam bulan, dengan sasaran 60 peserta merentasi tiga kohort dan kesemua kumpulan ini ditaja sepenuhnya oleh AEON Bank.
Apa Yang Peserta Akan Belajar?
Latihan yang ditawarkan lebih dari sekadar jahitan asas. Peserta akan didedahkan kepada:
- Kemahiran jahitan dan pembangunan produk
- Teknik celup ikat Indigo Shibori menggunakan bahan kitar semula seperti denim, linen dan cadar hotel lama yang tidak lagi digunakan.
- Pemasaran digital dan fotografi mudah alih, hasil kerjasama dengan Zucchini & Co.
- Literasi kewangan, termasuk penggunaan aplikasi digital AEON Bank dan panduan keselamatan siber
Selepas tamat program, setiap peserta akan menerima mesin jahit mudah alih untuk meneruskan aktiviti menjana pendapatan mereka.
Modul Literasi Kewangan
Dalam modul literasi kewangan, peserta turut diperkenalkan kepada ciri-ciri dalam aplikasi digital AEON Bank, antaranya:
- Savings Pot untuk menguruskan simpanan
- Neko Sensei pembimbing kewangan peribadi
- Neko Missions dan mata ganjaran AEON
- Takaful perlindungan kewangan patuh Syariah
- Panduan keselamatan siber dan pencegahan penipuan
Produk Dihasilkan Peserta Turut Bantu Pelajar Susah
Selain belajar, peserta program S.R.I. turut menyumbang kepada inisiatif MySURi Seragam dengan menghasilkan 1,000 helai pakaian seragam sekolah untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, rumah anak yatim, dan rumah kebajikan.
Pendapatan daripada penghasilan seragam ini dikembalikan terus kepada peserta.
Jual Produk Sendiri Selepas Tamat Latihan
Setelah berjaya menamatkan program, peserta boleh menghasilkan produk premium sendiri untuk dijual melalui platform SURI atau saluran konsainan (consignment). Hasil jualan turut dikembalikan kepada peserta.
Ini Bukan Kali Pertama AEON Bank Buat Program Ini
Program S.R.I. merupakan inisiatif iTEKAD kedua AEON Bank. Sebelum ini, bank tersebut telah menjalankan program GrowthStart (Februari 2025-Februari 2027) yang melibatkan 65 orang usahawan mikro wanita dari golongan B40 di Kedah, Johor dan Negeri Sembilan.
Bagi AEON Bank, program seperti ini adalah sebahagian daripada komitmen mereka terhadap kewangan inklusif dan pemberdayaan komuniti yang kurang bernasib baik ke arah kebebasan ekonomi.
Daftar Cepat Sebelum Terlambat!
Untuk makluman, slot kohort pertama melibatkan 20 peserta telahpun penuh, namun anda masih berpeluang menyertai kohort kedua dan ketiga yang masih dibuka.
- Kohort 2 – 20 Pax (BUKA): 20 April – 1Mei 2026
- Kohor 3 – 20 Pax (BUKA): 11 Mei – 22 Mei 2026
Untuk pendaftaran kohort seterusnya, anda boleh mengisi borang kursus ini secara dalam talian.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
