Google telah menyusun semula pelan langganan Google AI Ultra di Malaysia. Kini terdapat dua pilihan pelan Ultra dengan harga bermula serendah RM429.99 sebulan lengkap dengan storan awan 20TB.
Sebelum ini, hanya ada satu sahaja pilihan pelan AI Ultra tertinggi Google di Malaysia yang dijual pada harga RM1,229.90 sebulan dengan storan 30TB.
Berapa Harga Pelan Google AI Sekarang?
Berikut senarai lengkap pelan Google AI yang kini tersedia di Malaysia:
| Pelan | Harga | Storan |
| Google AI Plus | RM23.99/bulan | 200GB |
| Google AI Pro | RM97.99/bulan | 5TB |
| Google AI Ultra 5x | RM429.99/bulan | 20TB |
| Google AI Ultra 20x | RM979.90/bulan | 30TB |
Pelan Ultra 20x dengan storan 30TB kini sudah diturunkan sebanyak RM250 sebulan dan harga terkini adalah RM979.90 sebulan. Penurunan ini membolehkan para pengguna menikmati diskaun sebanyak 20%.
Apa Beza Ultra 5x dan Ultra 20x?
Kedua-dua pelan Ultra menawarkan akses kepada Gemini, Flow, Whisk, NotebookLM dan perkhidmatan Google AI yang lain. Perbezaannya adalah dari segi had penggunaan.
Pelan Ultra 5x memberikan 10,000 kredit Google Flow sebulan dengan had penggunaan AI 5 kali lebih tinggi daripada pelan Pro. Pelan Ultra 20x pula menawarkan sehingga 25,000 kredit Google Flow sebulan, dengan had penggunaan AI 20 kali lebih tinggi daripada Pro.
Selain kredit Google Flow yang lebih banyak, kedua-dua pelan Ultra turut membuka kuota yang lebih tinggi untuk NotebookLM, had tugasan yang lebih luas untuk pembantu pengekodan AI Jules, akses yang lebih besar ke Google AI Studio serta had yang lebih tinggi untuk Android Studio Gemini.
Secara ringkasnya, pelan Ultra 20x adalah pilihan untuk pengguna yang memerlukan akses AI peringkat tertinggi Google, manakala Ultra 5x sesuai untuk mereka yang mahukan lebih daripada pelan Pro tanpa perlu bayar harga penuh.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
