Mulai 1 Oktober 2026, pengguna AmBank Credit Card/-i dan Debit Card tidak lagi boleh mengesahkan transaksi dalam talian menggunakan OTP melalui SMS. AmBank akan beralih sepenuhnya kepada AmSecure melalui aplikasi AmOnline sebagai kaedah pengesahan baharu.
Kalau anda belum lagi menyediakan aplikasi AmOnline, sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda berbuat demikian.
Apa Itu AmSecure dan Kenapa Ia Lebih Baik Daripada OTP SMS?
OTP melalui SMS sering menjadi sasaran penipu. Nombor anda boleh dipintas dan ada kes di mana mangsa yang tertipu telahberkongsi OTP kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
AmSecure menggantikan proses itu dengan pengesahan berasaskan aplikasi. Apabila anda membuat pembelian dalam talian, notifikasi akan dihantar terus ke aplikasi AmOnline. Anda hanya perlu semak butiran transaksi dan klik “Luluskan” atau “Tolak”. Satu sentuhan, selesai.
Cara Aktifkan Notifikasi di AmOnline
Bagi mengelakkan anda daripada tidak terlepas sebarang permintaan pengesahan, pastikan notifikasi dalam aplikasi sudah dihidupkan:
- Buka aplikasi AmOnline dan klik ‘More‘.
- Klik ‘Notification Settings‘.
- Aktifkan ‘In-app Notifications‘.
Cara Luluskan Transaksi Melalui AmSecure
Setiap kali ada membuat pembelian dalam talian yang perlu disahkan:
- Buka aplikasi AmOnline dan klik “AmSecure Authorisation“.
- Semak butiran transaksi, kemudian tekan “Authorise“.
Masih Belum Aktifkan AmSecure?
Jika ini merupakan kali pertama anda menggunakan AmSecure, pengaktifan perlu dibuat melalui ATM AmBank terlebih dahulu. Setelah itu, semua pengesahan transaksi boleh dilakukan terus dari telefon anda.
Pastikan kesemua perkara ini dilakukan sebelum 1 Oktober 2026. Selepas tarikh itu, OTP SMS tidak lagi diterima untuk mengesahkan transaksi kad AmBank secara dalam talian.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
