Guna myBSN FPX Di Shopee 8.8, Anda Boleh Dapat Diskaun RM10

KONGSI

Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan diskaun RM10 kepada anda yang melakukan pembayaran melalui myBSN Internet Banking menggunakan FPX di Shopee. Tawaran ini sah bermula 6 Ogos pada jam 8 malam sehingga 10 Ogos 2026 pada pukul 11.59 malam sempena kempen 8.8.

Potongan ini bukanlah secara automatik masuk ke dalam akaun anda. Anda perlu memasukkan kod BSNFPXAUG semasa proses pembayaran untuk mendapatkannya.

Syarat Utama Sebelum Anda Checkout

Belian anda kena cecah sekurang-kurangnya RM75 (nilai bersih, tak kira kos penghantaran) dalam satu transaksi, dan ia mesti dibuat di Shopee Mall atau Peniaga Pilihan (Preferred Sellers) sahaja.

Kaedah bayar pun ditetapkan. Anda kena guna Shopee Mobile App dan pilih myBSN FPX sebagai kaedah pembayaran.

Cara Anda Boleh Tebus Baucar Diskaun RM10 Ini

Lengkapkan pembelian anda di Shopee dan pergi ke halaman daftar keluar (checkout). Masukkan kod BSNFPXAUG di ruangan kod baucar, pilih ‘Online Banking’ sebagai kaedah pembayaran, kemudian pilih “myBSN” untuk selesaikan bayaran anda.

Had Penebusan Baucar Ini

Kuota promosi ini terhad kepada 1,000 penebusan pertama sahaja, jadi jangan tunggu hingga saat akhir. Anda juga hanya boleh membuat penebusan sekali, tanpa mengira berapa banyak akaun Shopee yang anda ada. Baucar ini juga tidak boleh anda pindah milik atau tukar menjadi tunai, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh digabungkan dengan promosi lain kecuali baucar daripada penjual sendiri (seller’s voucher), sekiranya ada.

Produk Yang Tidak Layak Untuk Baucar Ini

Tidak semua barangan di Shopee Mall layak menggunakan baucar diskaun RM10 ini. Beberapa kategori seperti susu bayi (0-6 bulan) dan susu susulan (6-12 bulan), tiket dan baucar, muat naik prabayar & kad SIM, serta kredit permainan (gaming top-up) , kedai tertentu (S-Mart Milo, One or Not by Shopee Store, MMA Foundation Store, Shopeegivesback Store), kad petrol dan kad hadiah serta e-baucar dikecualikan.

Shopee Dan BSN Boleh Batalkan Transaksi Mencurigakan

Untuk makluman anda, Shopee dan BSN juga boleh membatalkan pesanan atau transaksi anda yang mencurigakan tanpa notis awal. Ini termasuk kes menebusan baucar menggunakan banyak akaun, daftar keluar berkali-kali oleh pelanggan yang sama atau baucar dijual semula untuk tujuan lain. Jika anda ada sebarang soalan, hubungi Perkhidmatan Pelanggan Shopee di +603 2777 9222. 

Jimat Sehingga RM20 Jika Anda Ada Kad Kredit BSN

Selain potongan RM10 ini, anda yang memiliki Kad Kredit atau Kad Kredit-i BSN juga boleh mendapat baucar sehingga RM20 untuk membeli-belah di Shopee pada bulan ini. Tiga baucar ditawarkan oleh BSN sepanjang kempen Shopee 8.8 dengan syarat perbelanjaan minimum yang berbeza bagi setiap baucar.

Jika anda ingin memiliki Kad Kredit BSN, anda boleh bandingkan dan mohon di RinggitPlus.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini. 

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen