Dalam masa lebih dua tahun beroperasi, GXBank kini telah menjadi pilihan kewangan kepada lebih 1.4 juta rakyat Malaysia dengan rekod lebih 450 juta transaksi diproses.
Sebagai bank digital pertama negara yang direka khas untuk kewangan inklusif, GXBank fokus kepada tiga perkara iaitu membina tabiat kewangan yang baik, memperluas akses kredit dan meningkatkan literasi kewangan terutama dalam kalangan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan.
Rakyat Malaysia Mula Menyimpan Dengan Matlamat Yang Jelas
Setakat 2025 sahaja, pelanggan GXBank secara kolektif telah memperoleh lebih RM24 juta dalam bentuk faedah melalui Savings dan Bonus Pockets dengan jumlah 1.3 juta Pockets telah dicipta.
Matlamat simpanan utama pelanggan merangkumi tiga kategori:
| Matlamat Simpanan | Keperluan Kewangan | Kemudahan GXBank |
| Kecemasan | Dana keselamatan untuk situasi tidak dijangka | Savings Pockets |
| Persaraan | Simpanan jangka panjang untuk masa depan | Bonus Pockets |
| Percutian | Dana untuk kos perjalanan dan rehat | Savings Pockets |
400,000 Pengeluaran FlexiCredit Direkodkan
GXBank turut membantu rakyat Malaysia mengurus bil dan perbelanjaan tidak dijangka melalui FlexiCredit. Sebanyak 400,000 pengeluaran telah direkodkan dan yang lebih menarik, 40% daripada pemohon adalah dari golongan yang mempunyai akses yang agak terhad kepada perkhidmatan perbankan konvensional.
Penggunaan FlexiCredit merangkumi tiga keperluan utama:
| Keperluan | Contoh Situasi | Segmen Pengguna |
| Kecemasan | Bil hospital, kerosakan kenderaan | Semua segmen |
| Mengurus jurang perbelanjaan | Gaji lambat, perbelanjaan hujung bulan | Golongan berpendapatan rendah |
| Pembelian besar | Peralatan rumah, peranti | Semua segmen |
Aplikasi GXBank Jadi Rujukan Utama Tips Kewangan
GXBank juga dinobatkan sebagai aplikasi nombor satu sumber utama tips kewangan dalam kalangan penggunanya. Sebanyak 74% pelanggan yang berada dalam kategori kurang mendapat perkhidmatan perbankan menyatakan tips tersebut bermanfaat.
Dalam pada itu, tiga kategori kes penipuan yang paling disedari oleh pelanggan GXBank ialah penyamaran identiti, malware dan notifikasi amaran mencurigakan.
Lebih 70% Permohonan Pinjaman Perniagaan Diluluskan
Bagi pemilik perniagaan kecil, GX Biz FlexiLoan mencatatkan kadar kelulusan permohonan melebihi 70%, dengan saiz pinjaman purata sebanyak RM40,000.
Sebanyak 70% daripada kredit yang diberikan digunakan terus untuk pertumbuhan perniagaan, terutama dalam tiga industri utama iaitu runcit, makanan dan minuman, serta pengeluaran dan pembuatan.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
