Musim haji 1447H bakal tiba tidak lama lagi. Bank Islam Malaysia Berhad telah menyediakan satu pakej sokongan kewangan lengkap untuk jemaah Malaysia yang merangkumi persiapan sebelum bertolak hingga urusan haji di Makkah dan Madinah.
Sebagai rakan strategik utama Lembaga Tabung Haji (TH) bagi musim ini, Bank Islam menyediakan ekosistem perbankan khusus untuk jemaah supaya urusan kewangan tidak jadi beban semasa menunaikan ibadah.
Persiapan Boleh Dibuat di Lebih 130 Cawangan
Sebelum bertolak ke Tanah Suci, jemaah boleh uruskan semua keperluan kewangan di mana-mana cawangan Bank Islam. Terdapat lebih 130 cawangan di seluruh negara untuk dilawati.
Antara kemudahan yang tersedia:
- Penulisan Wasiat: Lantik wasi untuk memudahkan pengurusan harta pusaka sekiranya berlaku sesuatu semasa perjalanan.
- Takaful myClick Travel PA: Perlindungan perubatan dan peribadi sehingga RM500,000. Termasuk bantuan kecemasan 24/7, manfaat pemindahan perubatan, dan penghantaran pulang ke Malaysia jika diperlukan.
- Akaun Awfar: Produk pelaburan transaksi signature Bank Islam. Boleh guna untuk pindahan dana, bayar bil, dan beli-belah dalam talian. Setiap tahun, terdapat cabutan Awfar dengan hadiah terkumpul bernilai RM18 juta.
Untuk transaksi digital, jemaah boleh buka akaun dan pantau melalui aplikasi BIMB Mobile by Bank Islam atau platform BIMB Web by Bank Islam sebelum berangkat.
Kad Debit-i Visa TH: Boleh Guna Terus di Arab Saudi
Jemaah yang memegang Kad Debit-i Bank Islam Visa TH boleh membuat pembelian menggunakan PIN atau pembayaran tanpa sentuh (contactless) di lebih 60 juta lokasi pedagang (merchant) di seluruh dunia.
Pengeluaran tunai pula boleh dibuat di lebih 2.5 juta ATM di seluruh dunia, termasuk di Arab Saudi.
Khas untuk musim haji ini, Bank Islam menawarkan pengecualian fi pengeluaran tunai di ATM VISA Plus di Arab Saudi. Penting untuk anda tahu bahawa pengendali ATM tempatan mungkin masih mengenakan caj tersendiri yang di luar kawalan Bank Islam.
Kad Kredit-i: Pemindahan Baki 0% Sehingga 31 Mei 2026
Bank Islam turut menawarkan rangkaian Kad Kredit-i Visa Platinum dan Mastercard Platinum dengan pulangan tunai serta mata ganjaran, sesuai untuk perbelanjaan harian dan perjalanan luar negara.
Bagi pelanggan baharu, ada promosi Pemindahan Baki 0% sehingga 12 bulan, terbuka sehingga 31 Mei 2026. Ini membolehkan anda gabungkan baki kad kredit sedia ada dan kurangkan kos pembiayaan sebelum berangkat.
Tukar Wang Asing Tanpa Yuran di Lapangan Terbang
Bank Islam memudahkan pertukaran 30 jenis mata wang asing tanpa sebarang yuran dan caj, sama ada melalui pindahan akaun atau secara tunai di cawangan Bureau de Change Bank Islam.
Lokasi yang tersedia termasuk:
- Terminal 1 dan Terminal 2, KLIA Sepang
- Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
10 Petugas Khas Menanti di Makkah dan Madinah
Bank Islam menempatkan 10 petugas khas di Tanah Suci sepanjang musim haji ini , dimana lima petugas ditempatkan di Makkah manakala dua lagi di Madinah. Mereka sedia membantu urusan perbankan, penggunaan kad, dan isu transaksi secara terus.
- Lokasi di Makkah: Abraj Al Tayseer Al Janadriyah, Abraj Al Janadriyah, Rehab Al Janadriyah, Al-Kiswah Tower Hotel, dan Qasr Al Janadriyah.
- Lokasi di Madinah: Emmar Royale dan Anwar Al-Madinah Movenpick.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Bank Islam atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Islam di +603-2690 0900.
Selain kad-kad yang dinyatakan di atas, terdapat pelbagai lagi pilihan Kad Kredit Bank Islam yang boleh anda pilih dan mohon di RinggitPlus.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
