Pemegang kad kredit HSBC dan HSBC Amanah akan menikmati had harian bagi transaksi tanpa sentuh yang lebih tinggi tidak lama lagi.
Berkuat kuasa 1 Mei 2026, had tersebut bagi semua kad kredit HSBC/-i melibatkan pembelian melebihi RM250 akan dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,500. Ini bermakna anda boleh membuat lebih banyak transaksi tap-and-go dalam sehari tanpa perlu memasukkan PIN asalkan jumlah keseluruhan tidak melebihi RM2,500.
Pemegang Kad Boleh Buat Beberapa Transaksi Dalam Sehari
Pemegang kad masih boleh membuat beberapa transaksi tanpa sentuh dalam sehari, selagi jumlah keseluruhan tidak melebihi had harian RM2,500. Setiap transaksi individu pula tidak boleh melebihi had tersebut.
Sekiranya amaun transaksi melepasi had contactless harian, anda perlu menggunakan kad fizikal dengan kaedah chip dan PIN di terminal pembayaran.
Tiada Apa Yang Perlu Anda Buat
Perubahan ini akan dikemas kini secara automatik pada semua kad kredit HSBC/-i. Pemegang kad tidak perlu mengambil sebarang tindakan dan langkah keselamatan sedia ada kekal tidak berubah.
Hubungi HSBC Jika Ada Pertanyaan
Jika anda ada sebarang soalan, boleh hubungi pusat panggilan HSBC mengikut jenis kad anda:
| Nombor Tempatan | Nombor Antarabangsa | |
| HSBC Premier | 1300 88 9393 | +603 8321 5208 |
| HSBC Bank Malaysia | 1300 88 1388 | +603 8321 5400 |
| HSBC Amanah Malaysia | 1300 80 2626 | +603 8321 5200 |
Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan HSBC atau HSBC Amanah yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
