Public Bank Berhad (PBB) telah melancarkan kempen “PB Terima Kasih Cikgu 2026” iaitu satu inisiatif khas untuk warga pendidik yang berhasrat ingin memiliki kenderaan baharu. Kempen ini bermula 10 April 2026 hingga 30 Jun 2026.
Siapa Yang Layak Sertai Kempen Ini?
Kempen ini terbuka kepada pelanggan individu PBB daripada sektor pendidikan termasuk guru, pensyarah, tutor, profesor, pengetua, dan pengetua besar. Ahli keluarga terdekat mereka turut layak menyertai kempen ini.
Pemohon perlu membeli kenderaan daripada panel pengedar kereta PBB (Panel Car Dealers atau PCD) dan memohon pembiayaan Hire Purchase (HP) melalui PBB. Kenderaan yang layak merangkumi:
- Kenderaan baharu
- Kenderaan reconditioned yang baru didaftarkan
- Kenderaan Elektrik baharu (termasuk Hybrid dan Plug-in Hybrid)
- Kenderaan terpakai (sehingga 8 tahun umur kenderaan)
Satu perkara penting yang anda perlu tahu, permohonan HP mesti dihantar, diluluskan, dan dicairkan dalam tempoh kempen untuk layak menikmati tawaran ini.
Apa Yang Anda Akan Dapat Menerusi Kempen Ini?
PBB menawarkan lima faedah utama kepada pemohon yang berjaya:
1. Pulangan Tunai (Cashback) RM200: Wang tunai RM200 akan dikreditkan terus ke dalam akaun Simpanan atau Semasa pemohon di PBB selepas pembiayaan dicairkan. Jika anda belum ada akaun dengan PBB, anda perlu membuka akaun terlebih dahulu. Tanpa akaun, cashback tidak akan diberikan.
2. Kadar Faedah Rendah: Pemohon berpeluang mendapat kadar faedah yang lebih rendah berbanding kadar biasa, tertakluk kepada dasar kredit dalaman PBB.
3. Margin of Finance Sehingga 90%: PBB menawarkan pembiayaan fleksibel sehingga 90% daripada harga jalan (On-the-Road Price) kenderaan.
4. Tempoh Bayaran Balik Sehingga 9 Tahun: Tempoh ansuran bulanan boleh dipanjangkan sehingga 9 tahun untuk mengurangkan beban kewangan bulanan.
5. Kelulusan Pantas: Permohonan diproses dengan cepat untuk kemudahan pelanggan.
Boleh Buat Lebih Dari Satu Permohonan?
Ya, boleh. Setiap akaun HP yang berjaya dicairkan layak mendapat pulangan tunai sebanyak RM200. Jadi jika anda memohon untuk lebih dari satu kenderaan, setiap satu memberi anda pulangan tunai yang berasingan.
Namun begitu, pulangan tunai tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai secara terus, ia mesti dikreditkan ke dalam akaun PBB anda.
Anda Berpeluang Memenangi Hadiah Tambahan
Selain tawaran HP, peserta kempen ini turut berpeluang memenangi hadiah melalui Kempen PB 60th Diamond Jubilee Celebration. Untuk maklumat lanjut dan terma syarat penuh, layari pbebank.com/60years.
Perkara Yang Perlu Anda Ingat
Kadar faedah dalam kempen ini boleh berubah bergantung pada perubahan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate atau OPR). PBB akan menyemak semula terma kempen pada setiap akhir bulan.
Permohonan yang dibatalkan atau ditolak tidak layak untuk sebarang tawaran kempen. Keputusan PBB dalam semua perkara berkaitan kempen ini adalah muktamad.
Untuk maklumat lanjut atau untuk memulakan permohonan, anda boleh menghubungi atau hadir Pusat atau Hub HP PBB yang berhampiran. Terdapat cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Lembah Klang, kawasan Utara, Selatan, Pantai Timur, dan Malaysia Timur.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
