Musk Mahu Jadikan X Seperti WeChat, Inovasi Dengan Adanya Ciri Perbankan Dalam Aplikasi

KONGSI

Selepas lebih dari tiga tahun mengambil alih platform media sosial Twitter, Elon Musk kini hampir merealisasikan impiannya untuk menjadikan X sebagai satu aplikasi yang membolehkan pengguna membuat pelbagai urusan termasuklah pembayaran, perbankan dan media sosial.pembayaran dan perbankan sekaligus.

Produk terbaharunya iaitu X Money dijangka akan dilancarkan kepada orang ramai pada bulan ini.

Apa Yang Ditawarkan Oleh X Money?

Pengguna awal yang sudah menguji perkhidmatan ini melaporkan beberapa ciri yang cukup menarik:

  • Pulangan Tunai 3% untuk pembelian yang layak
  • Kadar faedah simpanan 6%
  • Pemindahan wang sesama pengguna (peer-to-peer) secara percuma
  • Kad debit Visa berwarna logam yang terukir dengan nama X pengguna
  • Pembantu AI daripada xAI milik Musk sendiri, yang boleh merekod perbelanjaan dan menapis transaksi terdahulu

Jika tawaran-tawaran ini kekal seperti yang dijanjikan, X Money akan mengatasi pesaing seperti SoFi Technologies, Block, dan LendingClub dari segi kadar simpanan.

Walau bagaimanapun, Musk belum sahkan sama ada kadar 6% itu kekal atau sekadar promosi.

Musk Mahu X Miliki Ciri Seperti WeChat di China 

Konsep sebegini bukanlah sesuatu yang baharu. Di China, WeChat telah lama melakukannya di mana pengguna boleh menempah teksi, beli tiket penerbangan dan bayar bil kredit kesemuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Susulan itu, Musk mahu X turut memiliki ciri-ciri sedemikian untuk kegunaanpara pengguna platform berkenaan di Amerika Syarikat (AS).

Namun model super app itu masih belum berjaya bertapak di AS. X Money bukan sahaja perlu bersaing dari segi ciri, ia juga perlu mengubah tabiat pengguna.

Kelebihan Yang Musk Ada Untuk Realisasikan X Money

Walau bagaimanapun, impian Musk untuk merealisasikan perkara itu tidak mustahil memandangkan aplikasi X pada ketika ini telahpun memiliki kira-kira 600 juta pengguna aktif sebulan. Satu angka yang kebanyakan syarikat fintech sukar mencapainya.

Bukan itu sahaja, pencipta konten di X juga sudah berada di dalam sistem. Mereka yang kini menerima bayaran daripada X atas penglibatan konten akan dipindahkan secara automatik daripada Stripe ke X Money.

Berkaitan sejarah dalam industri pula, Musk ialah salah seorang pengasas PayPal dan beliau sudah pasti mengeahui cara kerja pembayaran digital.

Tapi Ada Banyak Yang Masih Kabur

Namun, Penganalisis kanan Bernstein Institutional Services, Harshita Rawat berkata, terdapat cabaran untuk merealisasikan perkara itu.

“Menjadi akaun bank utama seseorang itu susah. Saya tidak kata ia tidak boleh dilakukan, tapi anda perlu cari sudut yang tepat,” katanya.

Richard Crone dari Crone Consulting pula memilih untuk berterus terang dengan berkata, “Dia menjanjikan visi ini lebih dua tahun lalu, dan katanya ia akan siap dalam masa setahun. Ini mungkin sudah terlambat dan tidak relevan lagi.”

Crone turut menyebut satu jurang teknikal yang kritikal iaitu X masih tiada ciri beli-dengan-satu-klik. Tanpa ciri itu, e-dagang dalam platform sukar untuk mendapat sambutan.

X Money Belum Dapat Lesen Lengkap

Untuk beroperasi di AS, X Money perlu mendapat lesen daripada kesemua 50 negeri dan proses ini jauh lebih lambat daripada yang Musk jangkakan. Pada 2023, beliau berkata kelulusan akan selesai “dalam beberapa bulan.” Dua tahun kemudian, X baru memegang lesen di 44 negeri.

New York dan Massachusetts masih belum memberikan kelulusan. Di New York, ahli parlimen mempersoalkan sama ada Musk adalah individu yang boleh dipercayai untuk menguruskan wang orang ramai. Di Massachusetts, Senator Elizabeth Warren menghantar surat kepada Musk pada awal April ini dan mempertikaikan bagaimana X Money akan berfungsi dan risikonya kepada sistem kewangan negara.

Texas pula pernah meragui untuk memberi lesen. Pada Jun 2024, pengawal selia di sana meminta pendapat negeri-negeri lain dengan menyatakan rekod Musk bersama SEC dan kedudukan kewangan syarikat X sebagai antara kebimbangan mereka. Akhirnya, Texas meluluskan permohonan itu tiga bulan kemudian.

Namun, tidak dinafikan bahawa X Money mempunyai potensi untuk berkembang dengan tawaran yang diberikan seperti kadar simpanan 6%, pulangan tunai dan integrasi dengan platform 600 juta pengguna bukan tawaran yang boleh dipandang ringan.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments