Isu Berita Palsu Harga Minyak Dan Elektrik, Kerajaan Gesa Tindakan Tegas Diambil

KONGSI

Pada ketika ini, kecoh di media sosial mengenai isu berita palsu berhubung kenaikan harga bahan api dan elektrik yang sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Kerajaan tidak akan berdiam diri mengenai perkara tersebut. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mengambil tindakan segera terhadap perkara itu.

96 Kandungan Palsu Sudah Dikenal Pasti

Anwar mendedahkan bahawa SKMM telah mengenal pasti 96 kandungan palsu di media sosial berkaitan isu bahan api dan elektrik.

Ia bukanlah satu angka yang boleh dianggap kecil. Malah ia terus meningkat ketika negara sedang berdepan dengan tekanan akibat krisis tenaga global.

“Kita sedang berhadapan dengan cabaran yang semakin berat, namun ini bukanlah alasan untuk mereka terus berbohong, menyebarkan kebencian, khianat dan sabotaj,” kata Anwar.

Ini Bukan Sekadar Berita Palsu Biasa

Anwar menegaskan, menyebarkan maklumat palsu ketika rakyat sedang tertekan dari segi ekonomi bukan sekadar sebuah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Malah ia merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap bangsa dan masyarakat.

“Tindakan ini dilakukan semata-mata untuk meraih kepentingan politik, tanpa mengambil kira kesannya terhadap rakyat,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan tiada pilihan selain menggesa PDRM dan SKMM untuk bertindak. Kata Anwar, penyebaran maklumat seumpama ini boleh mengancam kestabilan dan mengelirukan orang ramai.

Rakyat Digesa Semak Fakta Terlebih Dahulu Sebelum Kongsi

Anwar turut menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menerima dan berkongsi maklumat di media sosial.

“Saya sekali lagi menyeru rakyat agar lebih bijak menilai, membuat pengesahan, mencari fakta yang tepat, dan bekerjasama dalam memantau keadaan, semak dengan teliti, dan ambil langkah untuk menjaga keselamatan keluarga, masyarakat, dan negara kita,” katanya.

Beliau turut berdoa agar segala usaha kerajaan dalam menangani cabaran semasa ini diberkati, dan negara terus berada di bawah lindungan Allah SWT.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments