Platform tambah nilai tempatan iaitu Kaki Gamer kini bekerjasama dengan TNG Digital untuk menawarkan diskaun sebanyak 5% kepada pengguna yang menambah nilai kredit permainan menggunakan platform TNG eWallet.
Promosi ini telah bermula sejak 1 April hingga 31 Mei 2026, mengikut had yang ditetapkan.
Apa Itu Kaki Gamer?
Kaki Gamer merupakan platform tambah nilai tempatan untuk permainan PC dan mudah alih. Permainan yang disokong oleh platform berkenaan termasuklah:
- Mobile Legends: Bang Bang
- Genshin Impact
- PUBG Mobile
- Free Fire
- Honor of Kings
- Honkai: Star Rail
Platform ini ditubuhkan untuk menangani masalah biasa yang sering dihadapi pemain iaitu penghantaran kredit yang lambat dan proses pembayaran yang terlalu rumit.
Di sebalik nama Kaki Gamer ialah syarikat MGMAX,iaitu sebuah regional Mastercard Gaming Partner yang disokong oleh ITMAX Berhad.
Panduan Untuk Dapatkan Diskaun 5%
Cara untuk mendapatkan diskaun ini mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari laman web Kaki Gamer
- Pilih permainan dan masukkan Player ID anda
- Pilih jumlah tambah nilai yang dikehendaki
- Pilih TNG eWallet sebagai kaedah pembayaran
- Masukkan kod promo KAKIGAMER5
- Semak bahawa diskaun telah dipaparkan pada jumlah akhir sebelum mengesahkan pembayaran
- Sahkan pembayaran dan kredit akan dikreditkan terus ke akaun permainan anda
Pastikan diskaun sudah dipaparkan pada halaman “checkout” sebelum membayar. Jika diskaun tidak dipaparkan pada jumlah akhir, jangan teruskan pembayaran dan hubungi pasukan sokongan Kaki Gamer di support@kakigamer.com.
Semak betul-betul sebelum bayar kerana tiada diskaun atau bayaran balik akan dikeluarkan setelah pembayaran selesai.
Bila Tarikh Akhir Tawaran Ini?
Promosi ini berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2026. Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan diskaun dihadkan kepada RM50,000 dan diagihkan mengikut “siapa cepat, dia dapat” (first-come, first-served). Promosi akan tamat lebih awal sekiranya had tersebut dicapai sebelum 31 Mei 2026.
Dalam pada itu, menurut CEO MGMAX, Narishvin Sukumaran, kerjasama ini lahir daripada hasrat untuk membantu pemain tempatan menambah nilai dengan lebih mudah dan lebih jimat. Beliau turut menyatakan bahawa inisiatif ini sebahagian daripada komitmen syarikat untuk terus menyokong pertumbuhan industri permainan dan esports di Malaysia.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
