Kos Haji Musim 1447 Hijrah Kekal RM33,300

KONGSI

Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan bahawa kos menunaikan fardu haji bagi musim 1447H/2026 akan kekal pada kadar RM33,300. Meskipun dunia kini berdepan dengan pelbagai ketidaktentuan global.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, menjelaskan bahawa walaupun konflik yang sedang berlaku di Asia Barat berpotensi memberi kesan kepada kos operasi, pihak TH komited untuk menyerap sebarang kenaikan luar jangka tersebut.

TH muktamadkan perjanjian dengan perkhidmatan penerbangan 

Menurut beliau, TH telah pun memuktamadkan perjanjian lebih awal dengan penyedia perkhidmatan penerbangan, iaitu Malaysia Airlines dan Saudi Airlines, dengan mengambil kira faktor turun naik harga bahan api.

“Pihak TH yakin kos haji bagi tahun 1447 Hijrah tidak akan meningkat kerana kami telah pun mengambil kira kemungkinan kenaikan harga minyak dalam perjanjian sedia ada.

“Segala jangkaan kenaikan kos telah diperhalusi, dan kadar RM33,300 akan dikekalkan. TH akan menanggung sebarang kos tambahan yang timbul,” katanya dalam satu sidang media selepas pengumuman Agihan Keuntungan TH hari ini.

Bagaimanapun, Mustakim memberi bayangan bahawa TH mungkin perlu menyemak semula kos haji pada masa hadapan sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan sehingga memberi impak yang terlalu drastik kepada harga minyak dunia.

Kos Penerbangan Sudah Ditetapkan

Dalam pada itu, Pengerusi TH, Abdul Rashid Hussain, memaklumkan bahawa kos penerbangan telah pun ditetapkan melalui perjanjian selama tiga tahun. Langkah ini secara tidak langsung melindungi bakal haji daripada kesan langsung kenaikan harga bahan api buat masa ini.

“Hasil rundingan kami, satu perjanjian tiga tahun telah dicapai untuk menetapkan kos keseluruhan. Namun, perlu diingatkan bahawa terdapat klausa yang memerlukan pelarasan dibuat sekiranya harga minyak dunia melonjak melebihi paras tertentu,” jelas beliau.

Beliau menegaskan bahawa TH masih mampu menyerap kenaikan tersebut dan tidak akan membebankan para jemaah untuk musim tahun ini.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk kemas kini dan tip kewangan di hujung jari anda.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments