Pos Malaysia Bhd mengumumkan akan mengenakan surcaj bahan api ke atas semua penghantaran domestik dan antarabangsa, berkuat kuasa mulai 18 Mac 2026.
Langkah ini diambil untuk mengimbangi peningkatan secara mendadak bagi kos pengangkutan udara berikutan ketegangan geopolitik yang sedang berlaku di Timur Tengah.
Berapa Peratus Surcaj Bahan Api?
Surcaj yang dikenakan berbeza bergantung kepada jenis penghantaran:
- 15% untuk penghantaran domestik
- 40% untuk penghantaran antarabangsa
Surcaj ini dikenakan ke atas harga asas setiap penghantaran dan tertakluk kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Perkhidmatan Mana yang Terjejas?
Domestik
Surcaj sebanyak 15% meliputi penghantaran antara Semenanjung Malaysia,serta Sabah dan Sarawak
Perkhidmatan yang terlibat termasuk:
- Perkhidmatan Pos Laju
- Pos Laju Prabayar (Biru)
- MyDistribution Services
- Mel Plus Service
Antarabangsa
Surcaj 40% pula dikenakan ke atas semua destinasi luar negara. Ia merangkumi:
- Redly Express
- Redly Priority (EMS)
- Small Packet
- Air Parcel
- International Air Bulkmail
- Flexipack International
Sekadar makluman, poskad dan surat ke destinasi antarabangsa TIDAK dikenakan surcaj ini.
Bagaimana dengan Flexipack International?
Untuk perkhidmatan Flexipack International, surcaj bahan api dikenakan di kaunter semasa pengeposan, bukan ketika membeli sampul surat atau kotak prabayar.
Kadar Surcaj Akan Berubah Setiap Minggu
Bermula 27 Mac 2026, Pos Malaysia akan mengemas kini kadar surcaj bahan api setiap minggu pada hari Jumaat.
Anda boleh menyemak kadar terbaru melalui laman web rasmi Pos Malaysia dan ia akan berkuat kuasa untuk minggu berikutnya.
Mengapa Berlakunya Kenaikan Harga?
Kenaikan yang dikenakan ini disebabkan oleh harga bahan api jet global yang melonjak secara drastik iaitu sebanyak 76% kepada kira-kira US$175 setong pada pertengahan Mac, berbanding pada akhir Februari lalu. Lonjakan yang mendadak ini berlaku sejurus sebelum konflik AS-Israel menentang Iran bermula.
Akibatnya, beberapa syarikat penerbangan Asia telah mengambil langkah serupa dengan menaikkan tambang penerbangan dan surcaj bahan api. Antaranya ialah:
- Malaysia Airlines
- Firefly
- Batik Air Malaysia
- Cathay Pacific Airways
- Hong Kong Airlines
- Air India
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk kemas kini dan tip kewangan di hujung jari anda.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
