KWSP Bukan Lagi Pemegang Saham Besar Dalam Sunway Healthcare, Pegangan Kini Di Bawah 5%

KONGSI

Pasti ramai yang mengetahui bahawa  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah platform di mana masyarakat menyimpan wang simpanan mereka untuk tujuan persaraan pada hari tua kelak. Namun, KWSP sebenarnya turut berperanan sebagai pelabur institusi berskala besar, aktif membeli dan menjual saham syarikat-syarikat besar di Malaysia dan seluruh dunia.

Terbaharu, KWSP telah mengurangkan pegangan saham dalam Sunway Healthcare Holdings Bhd (SUNMED) ke bawah paras 5% dan ia secara tidak langsung menjadikan mereka bukan lagi sebagai pemegang saham besar syarikat tersebut.

KWSP Jual Satu Juta Saham SUNMED 

Pada 16 April, KWSP menjual satu juta saham SUNMED dengan nilai sekitar RM1.83 juta. Selepas transaksi itu, KWSP masih memegang kira-kira 574.97 juta saham dalam syarikat berkenaan.

Bagaimanna KWSP Boleh Pegang Saham Sebanyak Ini?

KWSP mula muncul sebagai pemegang saham besar pada hari pertama SUNMED disenaraikan di Bursa Malaysia dengan pegangan sebanyak 5.13%.

Pegangan itu terbina melalui tiga cara iaitu:

  • 62.971 juta saham diperoleh melalui pengagihan dividen dalam bentuk saham (dividend-in-specie)
  • 499.808 juta saham semasa IPO
  • 34.605 juta saham tambahan sebelum melepaskan 7.57 juta saham

KWSP juga merupakan salah satu daripada 20 pelabur utama dalam IPO SUNMED yang tercatat sebagai IPO terbesar di Malaysia dalam tempoh sembilan tahun.

Prestasi Saham SUNMED Setakat Ini

Saham SUNMED ditutup pada RM1.93 pada hari Selasa (21 April 2026) dan memberikannya nilai pasaran sebanyak RM22.2 bilion. Sejak penyenaraian pada 18 Mac lalu, saham berkenaan telah melonjak naik sehingga 4.32%.

Saham ini pernah mencecah paras tertinggi RM2.73 sejurus selepas penyenaraian sekali gus mencerminkan nisbah harga kepada pendapatan (price-earnings ratio) melebihi 100 kali sebelum menyusut semula ke tahap semasa.

Adakah Perkara Ini Akan Menjejaskan Dividen Pencarum?

Jawapannya tidak. Dividen KWSP dikira berdasarkan prestasi keseluruhan portfolio pelaburan yang bernilai lebih RM1.2 trilion, bukan bergantung kepada satu saham sahaja. Jualan satu juta saham itu terlalu kecil untuk memberi kesan ketara kepada pendapatan pelaburan KWSP secara keseluruhan.

Perkara yang lebih mempengaruhi dividen pencarum ialah prestasi pasaran ekuiti global dan domestik, pergerakan nilai Ringgit serta pulangan daripada instrumen pendapatan tetap seperti bon kerajaan.

Anda mahukan lebih informasi tentang KWSP? Artikel RinggitPlus ada segala jawapan yang diperlukan.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments