MCash Secara Rasmi Jadi Rakan Kongsi PayNet, Kod QR DuitNow Kini Boleh Digunakan

KONGSI

MCash secara rasminya telah menjadi rakan kongsi kepada Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet). Ini bermakna pengguna aplikasi tersebut boleh menikmati akses penuh kepada kod QR DuitNow untuk pembayaran dan pemindahan wang dengan lebih mudah.

Difahamkan, ciri ini sudah pun aktif dan boleh digunakan oleh pengguna.

Apa Perubahan Yang Berlaku Dalam Sistem MCash?

Jika sebelum ini, MCash agak terhad dalam hal kebolehoperasian dengan sistem pembayaran nasional Malaysia. Kini, dengan menjadi rakan kongsi PayNet, isu tersebut telah berubah sepenuhnya.

Pengguna MCash kini boleh:

  • Mengimbas kod QR DuitNow untuk pembayaran di kedai fizikal
  • Menghantar wang terus kepada pengguna bank lain atau e-dompet lain
  • Menerima wang dari mana-mana akaun yang menyokong sistem operasi DuitNow
  • Menikmati kemudahan integrasi dengan sistem pembayaran nasional

Mengapa Perubahan Ini Penting?

Langkah ini merupakan satu perkembangan yang amat positif bagi MCash. Sebelum kerjasama ini, aplikasi e-dompet MCash terasa agak ketinggalan dengan ekosistem pembayaran digital di Malaysia yang semakin berkembang.

Dengan keputusan ini, MCash kini berada di tahap yang sama dengan pemain utama lain seperti:

  • Touch ‘n Go eWallet
  • GrabPay
  • ShopeePay

Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Pengguna MCash?

Jika anda adalah pengguna MCash, langkah yang perlu dilakukan adalah:

  1. Pastikan aplikasi MCash dikemaskini – Buka aplikasi (App Store atau Google Play) dan kemaskini MCash kepada versi terkini
  2. Buka aplikasi MCash selepas selesai mengemaskini 
  3. Cari pilihan DuitNow QR atau pemindahan DuitNow dalam menu utama
  4. Mula penggunaan dengan  mengimbas kod QR atau masukkan butiran penerima untuk memindahkan wang

Tiada pendaftaran yang diperlukan danpengguna MCash hanya perlu mengemas kini aplikasi tersebut.

Dengan integrasi DuitNow ini, MCash mempunyai peluang yang lebih baik untuk bersaing dengan e-dompet lain di pasaran Malaysia. Ekosistem pembayaran digital di negara ini semakin berkembang, dan kini MCash berada dalam kedudukan yang lebih kuat untuk menarik pengguna baharu.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments