Diskaun 25% Caj Pengecasan EV untuk Pemilik Proton e.MAS dan Smart Di Musim Perayaan Ini!

KONGSI

Berita gembira buat pemilik kenderaan elektrik (EV) jenama Proton dan Smart! Anda kini boleh menikmati diskaun besar-besaran untuk pengecasan EV sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Diskaun yang ditawarkan adalah sebanyak 25% untuk semua caj pengecasan EV. Ini bermakna, anda boleh menjimatkan kos pengecasan ketika ingin pulang ke kampung halaman nanti.

Model yang Layak Dapat Diskaun

Promosi ini terbuka untuk pemilik:

  • Proton e.MAS 7 (BEV dan PHEV)
  • Proton e.MAS 5
  • Smart #1
  • Smart #3
  • Smart #5

Jika anda memiliki salah satu model di atas, anda sudah layak untuk mendapatkan diskaun ini!

Di Mana Diskaun Ini Boleh Digunakan?

Diskaun 25% ini boleh digunakan di lebih 4,300 pusat pengecasan di lebih 1,400 lokasi di seluruh Malaysia.

Stesen-stesen pengecasan ini dikendalikan oleh 10 Pengendali Pusat Pengecasan (CPO) profesional, memastikan kualiti servis yang terjamin.

Cara Untuk Menggunakan Diskaun Ini

Prosesnya sangat mudah:

Pemilik Proton e.MAS: Gunakan aplikasi Proton e.MAS untuk menebus diskaun

Pemilik Smart: Gunakan aplikasi Hello Smart untuk mendapatkan manfaat yang sama

Anda tidak perlu mengira jumlah yang perlu dibayar selepas menolak diskaun kerana angka yang dipaparkan di dalam aplikasi telah pun mengambil kira penolakan diskaun 25%.

Jadi, harga yang anda lihat di dalam aplikasi adalah harga akhir yang perlu dibayar.

Bonus Raya Tambahan untuk Pemilik Proton e.MAS

Bukan setakat diskaun pengecasan, pemilik Proton e.MAS juga boleh menikmati faedah selepas jualan istimewa Raya di 36 Pusat 3S e.MAS yang tersebar di seluruh Malaysia.

Faedah-faedah ini termasuk:

  • Pemeriksaan kenderaan percuma
  • Baucar diskaun RM50 untuk servis berikutnya
  • Cuci kereta percuma
  • Pengecasan percuma sehingga 80%

Anda turut berpeluang mendapatkan sampul duit raya percuma (selagi stok masih ada).

Kredit: Proton.eMAS

Tempoh Promosi ini Berlangsung?

Diskaun pengecasan EV (25%): 17 Mac hingga 25 Mac 2026 (9 hari)

Faedah selepas jualan (pemeriksaan, baucer, dll): 17 Mac hingga 31 Mac 2026

Jadi buat anda pemilik kenderaan EV jenama Proton dan Smart, jangan lepaskan promosi istimewa ini! 

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments