Menteri Komunikasi Minta TikTok Jelaskan Kesan Krisis Global Terhadap TikTok Shop

KONGSI

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil akan meminta TikTok memberi penjelasan tentang bagaimana krisis tenaga global dan konflik di Asia Barat memberi kesan kepada operasi TikTok Shop, terutama soal logistik dan penghantaran.

Maklumat itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Selasa depan.

TikTok Shop Sumbang RM1.9 Bilion, Cipta 147,000 Peluang Kerja

Menurut Fahmi, lebih tujuh juta penstrim langsung (live streamers) kini aktif dalam ekosistem TikTok Shop. Mereka menjana pendapatan sebanyak RM1.9 bilion dan membuka kira-kira 147,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Peluang ini terbuka luas, sama ada anda ingin jual produk sendiri, bantu jual produk orang lain atau sertai sebagai afiliasi melalui platform tersebut.

Pusat NADI Boleh Jadi Hab Penjual Dalam Talian

Fahmi turut mencadangkan agar TikTok Shop bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Pusat Penyebaran Maklumat Negara (NADI). Difahamkan ia kini mempunyai hampir 1,100 cawangan di seluruh negara.

Kebanyakan pusat NADI terletak di kawasan luar bandar dan ini membuka peluang untuk melahirkan pencipta kandungan (content creators) tempatan serta membantu komuniti yang menjual produk secara dalam talian melalui TikTok Shop.

Pengerusi SKMM juga dijadualkan bertemu pihak pengurusan TikTok di Singapura pada Jumaat ini untuk membincangkan perkara terbabit dan isu-isu lain yang berkaitan.

Jana Pendapatan Dari Rumah Dengan Internet Yang Ada

Fahmi berharap kemudahan internet yang pantas dan meluas di Malaysia terus dimanfaatkan sepenuhnya bagi membolehkan lebih ramai rakyat menjana pendapatan tanpa perlu keluar dari rumah. Dan membantu perniagaan berkembang melalui jualan dalam talian.

“Ini membuktikan kemampuan Malaysia menyesuaikan diri dengan teknologi baharu. Selari dengan usaha kerajaan memastikan capaian internet yang pantas, meluas dan mampu milik,” katanya.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments