Piala Dunia FIFA 2026 bakal berlangsung tidak lama lagi dan kalau anda merancang untuk menonton sendiri atau sekadar ingin memiliki sesuatu yang istimewa sempena kejohanan ini, Merchantrade ada sesuatu untuk anda.
Merchantrade Money kini melancarkan kad prabayar Visa edisi terhad iaitu Kad Merchantrade Money FIFA World Cup 2026. Bukan sekadar cenderamata, kad ini juga berfungsi sepenuhnya sebagai alat pembayaran antarabangsa.
Simpan Sehingga 20 Mata Wang Asing Dalam Satu Kad
Antara ciri utama pada kad ini adalah anda boleh menyimpan dan membelanjakan sehingga 20 mata wang asing semuanya dalam satu kad sahaja.
Lebih menarik lagi, kadar pertukaran mata wang juga dikunci pada masa anda menambah nilai wang ke dalam kad berkenaan. Ini bermakna walaupun kadar tukaran berubah pada hari ia dibelanjakan, jumlah yang anda simpan tidak akan terjejas.
Sebagai contoh, kadar semasa ialah RM4.03 bagi setiap US$1 dan anda mengisi US$500 dengan bayaran tepat RM2,014. Tiada caj tersembunyi, tiada markup dan tiada yuran transaksi.
Boleh Keluarkan Tunai Di ATM Visa Plus Di Seluruh Dunia
Walaupun kita sedang menuju ke arah digitalisasi, tetapi penting untuk ada memegang wang tunai waluapun dalam jumlah yang kecil. Oleh kerana itu, kad ini juga membolehkan anda mengeluarkan wang dari mesin ATM Visa Plus di seluruh dunia. Kemudahan ini cukup berguna terutamanya di destinasi yang tidak boleh menggunakan kad untuk membuat pembayaran.
Cara Untuk Dapatkan Kad Merchantrade Money FIFA World Cup 2026 Ini
Prosesnya mudah sahaja:
- Muat turun aplikasi Merchantrade Money di App Store atau Google Play
- Daftar dan sahkan identiti dengan kad pengenalan dan swafoto
- Isi wang minimum RM100 melalui mana-mana akaun bank dalam talian Malaysia
- Kad dihantar dalam 5 hingga 7 hari bekerja
- Aktifkan kad melalui aplikasi yang sama
Uruskan Semua Dalam Satu Aplikasi
Aplikasi Merchantrade Money bukan sekadar untuk memohon kad. Anda juga boleh menggunakannya untuk:
- Pantau perbelanjaan secara masa nyata
- Uruskan tetapan kad
- Sekat transaksi serta-merta sekiranya kad hilang atau dicuri
Kad ini adalah edisi terhad. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Merchantrade Money FIFA World Cup 2026.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
