Nak Balik Sabah dan Sarawak? Malaysia Airlines dan Firefly Tawar Tambang RM499

KONGSI

Malaysia Aviation Group (MAG) menawarkan tambang bersubsidi ke Sabah dan Sarawak sempena tiga perayaan besar yang hampir tiba iaitu Hari Raya Aidiladha, Kaamatan dan Gawai.

Menerusi Malaysia Airlines dan Firefly, tambang asas dihadkan pada RM499 sehala untuk laluan terpilih ke Sabah dan Sarawak. Tempoh pembelian bermula sekarang sehingga 31 Mei 2026.

62 Penerbangan Tambahan Diumumkan

Untuk menampung lonjakan permintaan, Malaysia Airlines akan menambah 62 penerbangan tambahan pada laluan berkapasiti tinggi, termasuk Kota Kinabalu, Labuan, Tawau, Sandakan, Kuching, Sibu dan Miri.

Bila dan Ke Mana Tambang RM499 Ini Terpakai?

Tidak semua tarikh dan destinasi layak untuk harga RM499. Berikut adalah butirannya:

Malaysia Airlines:

  • Sabah (Kota Kinabalu, Labuan, Sandakan, Tawau): Perjalanan 26 hingga 29 Mei
  • Sarawak (Kuching, Miri, Sibu): Perjalanan 28 hingga 31 Mei

Firefly:

  • Sabah (Kota Kinabalu, Tawau): Perjalanan 26 hingga 29 Mei
  • Sarawak (Kuching): Perjalanan 28 hingga 31 Mei

Untuk makluman, Firefly beroperasi dari dua lapangan terbang iaitu KLIA Terminal 1 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Apa Yang Anda Dapat Dengan Tambang Ini?

Bukan sekadar harga tempat duduk yang murah, malah penumpang pada peringkat tambang terpilih turut mendapat:

  • Bagasi tambahan percuma
  • Minuman ringan dalam penerbangan
  • Pilihan penukaran penerbangan yang fleksibel

Bagi penumpang dengan penerbangan transit Malaysia Airlines juga akan mendapat kemudahan through-checked baggage dan hidangan percuma turut disertakan.

Perbandingan Tambang Flex: Malaysia Airlines dan Firefly

CiriMalaysia Airlines FlexFirefly Flex
Penukaran tempahanTanpa had (yuran dan perbezaan tambang terpakai)Tanpa had (perbezaan tambang terpakai)
Elaun bagasi35kg30kg
HidanganMinuman ringanHidangan panas percuma
Pemilihan tempat dudukStandardYa
Keutamaan menaiki pesawatTiadaYa
Lain-lainNaik taraf guna Enrich Points, 25% diskaun tambang kanak-kanak, penukaran penerbangan percuma pada hari sama

Untuk tempah, layari laman web Malaysia Airlines atau Firefly sebelum 31 Mei 2026.

Etihad Airways Tawar Diskaun Sehingga 30% ke Eropah

Selain destinasi domestik, Etihad Airways turut melancarkan tawaran masa terhad dengan diskaun sehingga 30% untuk tambang Ekonomi dari Kuala Lumpur ke destinasi terpilih di Eropah dan sekitarnya, dengan transit melalui Abu Dhabi. Tawaran ini terbuka untuk penumpang dari Kuala Lumpur dan pasaran Asia Tenggara.

Antara destinasi yang tersenarai ialah Rom, Málaga, Amsterdam, Frankfurt, Kraków dan Jeddah. Penumpang turut dapat menikmati perkhidmatan in-flight dining dan hiburan daripada Etihad semasa penerbangan.

Tempoh pembelian tawaran ini hanya sah sehingga 14 Mei 2026, dengan perjalanan boleh dilakukan hingga 15 Oktober 2026. Untuk maklumat lanjut, layari etihad.com atau hubungi ejen pelancongan pilihan anda.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.   

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen