Kepada pemegang Kad Kredit atau Debit Visa Public Bank (PB), ini ada berita baik untuk anda!
Jika anda berminat untuk sertai Garmin Run Marathon Series 2026, anda boleh dapatkan tiket 24 jam lebih awal sebelum ia dibuka kepada orang awam.
Bila Tempoh Pra-jualan Bermula?
Pra-jualan eksklusif ini bermula pada 25 Mei 2026 jam 2:00 petang dan berakhir pada 26 Mei 2026 jam 1:59 tengah hari. Atau mungkin lebih awal jika tiket habis terjual.
Harga tiket semasa pra-jualan adalah:
- Kategori 10KM: RM75
- Kategori 21KM Separa Maraton: RM95
Pemegang kad PB juga layak mendapat diskaun tambahan 5% daripada harga di atas. Diskaun ini tidak boleh digabungkan dengan tawaran lain dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Macam Mana Nak Daftar?
Pendaftaran boleh dibuat terus di laman Garmin Malaysia melalui pautan khas untuk pemegang kad Public Bank. Semua bayaran mesti dibuat menggunakan Kad Kredit PB Visa atau Kad Debit/Lifestyle PB Visa sahaja.
Bila dan Di Mana Larian Ini Berlangsung?
Larian berlangsung pada 1 November 2026 (Ahad) di hadapan Mahkamah Syariah Putrajaya. Dua kategori yang tersedia iaitu 10KM dan 21KM Separa Maraton, masing-masing dengan kelas Pertandingan dan Terbuka.
Pengambilan pek larian pula dijadualkan pada 30 dan 31 Oktober 2026. Butiran lanjut akan dikemas kini kemudian.
Syarat Kelayakan
Promosi ini terbuka kepada semua pemegang Kad Kredit Visa PB, Kad Debit Visa PB dan Kad PB Lifestyle. Tawaran tertakluk kepada stok yang ada. Peserta turut terikat dengan Terma dan Syarat Garmin Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Perkhidmatan Kad PB di 03-2170 8000.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
