Bank Islam akan menamatkan operasi aplikasi Be U pada 31 Julai 2026 dan semua urusan perbankan akan beralih sepenuhnya ke aplikasi BIMB Mobile mulai 1 Ogos 2026.
Pengumuman ini dimaklumkan lebih awal agar para pengguna Be U mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan persediaan yang sepatutnya sebelum aplikasi terbabit ditamatkan.
Semua Perkhidmatan Ada Di BIMB Mobile
Be U sebelum ini dilancarkan sebagai aplikasi perbankan digital Bank Islam untuk segmen tertentu. Namun kini, Bank Islam menyatukan semua perkhidmatan di bawah satu platform sahaja iaitu BIMB Mobile.
Dari 1 Ogos 2026, semua transaksi dan pengurusan kewangan anda perlu dilakukan melalui BIMB Mobile. Aplikasi ini direka untuk memberi pengalaman yang lebih mudah dan menyeluruh berbanding sebelum ini.
Senarai Semak Sebelum 31 Julai 2026
Sebelum aplikasi Be U ditutup sepenuhnya, ada beberapa perkara yang perlu anda semak dan lakukan sementara ia masih lagi beroperasi.
Kad Debit
Be U Visa Debit Card-i anda tidak akan aktif lagi selepas 31 Julai 2026. Nyahpautkan kad tersebut daripada sebarang perkhidmatan langganan atau pembayaran automatik yang masih berjalan sekarang.
Pembayaran Berulang
Semak sama ada ada sebarang pembayaran automatik yang masih dihubungkan dengan akaun Be U anda. Kemaskini atau hentikan sebelum tarikh penutupan.
Penyata Akaun
Muat turun penyata akaun anda dari aplikasi Be U sebelum 31 Julai 2026. Simpan sebagai rekod peribadi untuk rujukan masa hadapan.
Pengguna Akaun Be U Qard Savings Account-i dan Be U Awfar
Jika anda sudah mempunyai akaun BIMB Mobile, prosesnya mudah sahaja:
- Mulakan penutupan akaun melalui aplikasi Be U.
- Pindahkan baki dana ke akaun Bank Islam anda.
Hubungi Sokongan Pelanggan
Pihak Bank Islam dan Be U akan terus membantu pengguna sepanjang tempoh peralihan.
Sehingga 30 September 2026, dua saluran sokongan tersedia:
- Be U Community Support: 03-2779 0088 atau emel ke beu.communitysupport@bankislam.com.my
- Bank Islam Customer Care: 03-2690 0900 atau emel ke contactcentre@bankislam.com.my
Dari 1 Oktober 2026, sokongan akan dikendalikan oleh Bank Islam Customer Care sahaja.
Muat Turun BIMB Mobile Sekarang
Anda tidak perlu tunggu sehingga tarikh penutupan untuk beralih. Muat turun BIMB Mobile sekarang di bimb.com/download dan mulakan peralihan lebih awal untuk elak sebarang gangguan urusan harian anda.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
