Produktiviti buruh di Malaysia kekal stabil pada suku pertama 2026 (S1 2026), dengan pertumbuhan 4.8% dalam nilai ditambah per jam bekerja, menurut data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Produktiviti Per Jam Bekerja: RM45.5 Sejam
Nilai ditambah per jam bekerja pada S1 2026 ialah RM45.50, iaitu berlaku sedikit penurunan berbanding RM47.70 pada suku keempat tahun 2025. Walaupun kadar pertumbuhan menyusut sedikit daripada 5.8% kepada 4.8%, angka ini masih menunjukkan momentum yang positif.
Pendorong utamanya ialah Ekonomi Malaysia yang berkembang 5.4%, manakala jumlah jam bekerja hanya meningkat 0.5% kepada 9.6 bilion jam.
Produktiviti Per Pekerja: RM26,171 Seorang
Apabila diukur melalui nilai ditambah per guna tenaga pula, produktiviti buruh meningkat 4.3% pada S1 2026 berbading suku keempat 2025 iaitu sebanyak 5.3% dengan nilai RM26,171 per orang berbanding RM27,454 pada suku sebelumnya.
Jumlah penggunaan tenaga turut meningkat sebanyak 1.0% kepada 16.7 juta orang, sama seperti suku sebelumnya.
Prestasi Mengikut Sektor
Semua sektor utama kekal positif, walaupun pertumbuhannya lebih perlahan berbanding S4 2025.
Berdasarkan nilai ditambah per jam bekerja:
- Pembinaan: 7.8% (S4 2025: 10.8%)
- Pembuatan: 5.8% (S4 2025: 6.7%)
- Perkhidmatan: 4.5% (S4 2025: 5.4%)
- Pertanian: 3.6% (S4 2025: 5.8%)
- Perlombongan dan Kuari: -2.4% (S4 2025: +1.2%)
Berdasarkan nilai ditambah per guna tenaga:
- Pembinaan: 7.0% (S4 2025: 10.2%)
- Pembuatan: 5.8% (S4 2025: 5.8%)
- Perkhidmatan: 4.1% (S4 2025: 4.8%)
- Pertanian: 2.5% (S4 2025: 5.8%)
- Perlombongan dan Kuari: -2.5% (S4 2025: 0.8%)
Sektor Pembinaan mengetuai pertumbuhan keseluruhan, manakala Perlombongan dan Kuari satu-satunya sektor yang mencatat penurunan.
Ekonomi Malaysia dan Pasaran Buruh Pacu Produktiviti Buruh
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, ekonomi Malaysia yang berdaya tahan bersama pasaran buruh yang stabil akan terus memacu peningkatan produktiviti buruh negara.
Beliau turut menekankan bahawa prestasi produktiviti yang tinggi melalui peningkatan nilai ditambah dan kecekapan sumber adalah penting untuk mengekalkan daya saing global serta mencapai aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
