Peniaga di Melaka Dapat Pengecualian Sewa Sebulan Mulai 1 Julai

KONGSI

Kerajaan negeri Melaka mengumumkan pengecualian sewa premis perniagaan selama sebulan untuk semua peniaga di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT), berkuat kuasa 1 Julai 2026. 

Kos inisiatif ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan peruntukan sebanyak RM2.6 juta.

Bukan Moratorium, Tapi Percuma Sepenuhnya

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kanan, Datuk Rais Yasin menjelaskan bahawa inisiatif ini bukan berbentuk moratorium atau penangguhan bayaran. Sebaliknya, peniaga tidak perlu bayar langsung untuk bulan tersebut.

Ini termasuk peniaga di Medan Samudera, Banda Hilir, yang menempatkan hampir 100 peniaga. Semua premis di bawah PBT di seluruh negeri Melaka layak menikmati pengecualian ini.

Agensi Kerajaan Negeri Tawar Diskaun Sehingga 30%

Bagi premis yang diuruskan oleh agensi dan subsidiari kerajaan negeri, pelaksanaannya bergantung pada keupayaan kewangan masing-masing. 

Sebagai contoh, Melaka Corporation (MCORP) akan menawarkan diskaun sewa sebanyak 30% bagi premis di bawah pengurusannya untuk tempoh yang sama.

Diskaun 50% untuk Lesen Peniaga

Selain pengecualian sewa, PBT turut menawarkan diskaun 50%untuk pembaharuan lesen peniaga. Langkah ini bertujuan memperbaiki aliran tunai peniaga dan menyokong pertumbuhan sektor perdagangan negeri.

Rais turut menyatakan bahawa kerajaan negeri boleh melanjutkan kesemua langkah ini pada bulan-bulan berikutnya, bergantung pada keadaan ekonomi semasa.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments