Penting Buat Pengguna Maybank! Kemaskini Aplikasi MAE Sebelum 11 April Jika Tak Nak Kehilangan Akses

KONGSI

Maybank baru sahaja mengeluarkan notis penting buat para pengguna aplikasi perbankan MAE. Mulai 11 April 2026, para pengguna berisiko kehilangan akses jika tidak mengemas kini aplikasi tersebut.

Versi minimum yang diperlukan ialah 0.9.45. Sesiapa yang masih guna versi lama selepas tarikh itu, tidak akan dapat log masuk dan ini bermakna anda tidak boleh pindahkan wang, semak baki, atau buat sebarang urusan perbankan melalui aplikasi tersebut.

Macam Mana Nak Kemaskini?

Caranya mudah dan tidak mengambil masa lebih dari beberapa minit:

  1. Buka App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery
  2. Cari MAE by Maybank2u
  3. Kalau ada butang Update dan versinya 0.9.45 atau lebih tinggi, tekan dan kemaskini

Mahu semak versi yang sedang anda guna sekarang? Buka aplikasi MAE, klik ikon gear di sudut kiri atas, kemudian skrol ke bawah. Nombor versi akan tertera di bawah bahagian “About“.

Kalau versi anda sudah 0.9.45 atau lebih tinggi, anda tidak perlu buat apa-apa lagi.

Kenapa Anda Perlu Kemaskini?

Ini bukan sekadar kemaskini biasa. Maybank telah menetapkan tarikh akhir secara khusus, ini bermakna versi yang lama tidak akan disokong lagi selepas 11 April. Kemaskini seperti ini biasanya dibuat untuk tujuan keselamatan dan kestabilan sistem. Jadi, ada sebab penting di sebalik kemaskini ini, walaupun pihak bank tidak mendedahkan butiran teknikal secara terperinci.

Selain itu, pastikan peranti anda sentiasa dikemaskini. Bukan hanya aplikasi bank sahaja, tetapi perisian telefon anda sekali.

Sekadar peringatan, MCMC dan Apple juga baru-baru ini menggesa pengguna iPhone supaya mengemas kini ke versi iOS terkini berikutan penemuan eksploit “Darksword yang menyasarkan peranti iOS. Ancaman siber makin kerap berlaku, dan salah satu cara yang paling mudah untuk melindungi diri adalah dengan memastikan semua aplikasi terutama aplikasi kewangan sentiasa berada pada versi terkini.

Jadi kalau anda belum kemaskini lagi, ini masa yang sesuai untuk buat dua-dua sekali gus.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments