Pernah tak anda cuba untuk bayar guna kad debit waktu tengah malam, tapi transaksi ditolak? Jangan panik, ia mungkin bukan sebab baki tak cukup!
CIMB baru-baru ini mengumumkan bahawa beberapa siri penyelenggaraan sistem berjadual akan dijalankan sepanjang bulan April 2026. Gangguan ini akan melibatkan semua urusan berkaitan kad debit, termasuk pembelian di kedai (terminal POS) dan juga transaksi dalam talian.
Jadual Gangguan Perkhidmatan Kad Debit CIMB
Untuk memudahkan anda merancang perbelanjaan, berikut adalah tarikh dan waktu gangguan yang perlu anda tahu. Pastikan anda tidak melakukan sebarang transaksi kad debit pada waktu-waktu ini:
| Tarikh | Waktu Gangguan |
| 7 April | 12:00 pagi – 7:30 pagi |
| 9 April | 12:00 pagi – 2:00 pagi |
| 10 April | 12:00 pagi – 5:00 pagi |
| 16 April | 12:00 pagi – 2:00 pagi |
| 25 April | 12:00 pagi – 6:00 pagi |
Apa Yang Anda Perlu Lakukan?
Walaupun kad debit tidak boleh digunakan, berita baiknya ialah platform digital CIMB yang lain masih berfungsi seperti biasa. Bagi mengelakkan anda “tersangkut” di kaunter bayaran, CIMB menyarankan pelanggan untuk:
- Rancang Pembayaran Lebih Awal: Selesaikan urusan beli-belah sebelum waktu penyelenggaraan bermula.
- Guna Saluran Alternatif: Gunakan CIMB OCTO, CIMB Clicks, atau DuitNow QR untuk pemindahan wang dan pembayaran.
- Sediakan Tunai Kecemasan: Sentiasa simpan sedikit tunai jika anda perlu keluar pada waktu tengah malam tersebut.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama CIMB menjalankan penyelenggaraan sistem berskala besar. Langkah yang samaa turut dilakukan pada bulan lepas bagi memastikan kestabilan sistem perbankan mereka dalam jangka masa panjang.
Jangan lupa kongsikan info ini dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang menggunakan CIMB.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
