Perubahan Kadar AFA April 2026 Jadi Faktor Penurunan Rebat Elektrik

KONGSI

Selain air, tenaga elektrik juga penting bagi kegunaan harian masyarakat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sudah pasti tarifnya kini menjadi perhatian ramai kerana ia akan memberi kesan terhadap bil bulanan seseorang.

Terbaharu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengumumkan kadar Pelarasan Bahan Api Automatik (Automatic Fuel Adjustment, AFA) bagi bulan April 2026.

Menurut TNB, pengguna akan menerima rebat sebanyak 0.47 sen setiap kilowatt jam (kWh) iaitu sedikit lebih rendang berbanding bulan sebelumnya.

Siapa Yang Tidak Terjejas?

Pengguna domestik yang menggunakan 600 kWh dan ke bawah bersamaan bil lebih kurang RM215.98 dikecualikan daripada AFA sepenuhnya. Jadi jika bil elektrik bulanan anda berada dalam julat ini, kadar AFA tidak akan menjejaskan anda.

Apa Itu AFA?

AFA menggantikan mekanisme lama yang dikenali sebagai Imbalance Cost Pass-Through (ICPT). Ia diselaraskan setiap bulan berdasarkan dua faktor utama:

  • Harga pasaran bahan api (gas, arang batu dan sebagainya)
  • Kadar pertukaran asing

Turun naik pada mana-mana faktor ini akan memberi kesan langsung kepada kadar AFA yang tertera dalam bil elektrik anda.

Ramalan AFA Tiga Bulan Ke Depan

TNB turut mendedahkan unjuran kadar AFA untuk tiga bulan seterusnya:

BulanKadar AFA (sen/kWh)
Mei 202639 sen
Jun 202691 sen
Julai 20268.0 sen

Perlu diingatkan bahawa kadar ini masih dalam jangkaan. TNB menegaskan bahawa pengumuman rasmi kadar AFA bergantung kepada pengesahan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) atau keputusan yang disampaikan secara rasmi oleh pihak kementerian.

Harga Minyak Mentah Ikut Naik

Sehingga pukul 9.23 malam kelmarin, harga minyak mentah Brent naik 4.10% kepada US$117.4 sesuku tong dan ia berpotensi untuk mempengaruhi kadar AFA pada bulan-bulan akan datang.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments