Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) akan menganjurkan Allianz Health Festival 2026 di APW Bangsar, Kuala Lumpur pada Sabtu ini, 1 Ogos 2026. Anda boleh mendapatkan saringan kesihatan asas dan penilaian faktor risiko kanser secara percuma di sini, dari jam 9 pagi hingga 5 petang, dengan kemasukan percuma untuk orang ramai.
Acara ini diadakan di bawah tema “Discover More Today, Secure What Matters Tomorrow“. Anda digalakkan mendaftar dahulu melalui portal rasmi acara sebelum menyertai acara ini.
49% Tuntutan Penyakit Kritikal Datang Daripada Individu Bawah 40 Tahun
Menerusi laporan Bernama pada 27 Julai 2026, Allianz Malaysia Berhad dalam satu kenyataan berkata, dapatan terbaharu menunjukkan 49% daripada tuntutan penyakit kritikalnya dibuat oleh pemegang polisi berusia bawah 40 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Giulio Slavich berkata, ramai individu percaya bahawa penyakit kritikal hanya berlaku ketika mereka sudah brusia, tetapi hakikatnya risiko kesihatan boleh muncul jauh lebih awal daripada yang dijangkakan. Allianz Health Festival membuka peluang untuk masyarakat lebih memahami kesihatan sendiri, belajar daripada pakar dan memperoleh pengetahuan praktikal untuk buat keputusan termaklum bagi diri sendiri dan orang tersayang.
Saringan, Ceramah Pakar Dan Aktiviti Kesejahteraan Disediakan Percuma
Anda akan mendapat saringan kesihatan asas dan penilaian faktor risiko kanser secara percuma selain daripada ceramah kesihatan oleh pakar, serta sesi perkongsian daripada penyintas dan penjaga.
Pelbagai aktiviti kesejahteraan interaktif yang lain turut disediakan sepanjang hari, lengkap dengan alat tindakan untuk anda amalkan tabiat sihat jangka panjang.
Allianz Life berkata, acara ini dijangka memberi manfaat kepada anda jika anda golongan muda yang bekerja, keluarga yang sedang membesar, atau sesiapa dalam generasi ‘sandwich‘ yang perlu mengimbangi keperluan anak-anak dan ibu bapa yang semakin berusia.
Jika anda sedang dalam perancangan untuk mendapatkan perlindungan insurans, artikel kami tentang cara memilih polisi insurans hayat juga dapat membantu anda.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
