Tak Perlu Langganan Berbayar, Piala Dunia 2026 Boleh Ditonton Percuma Melalui RTM dan MyTV

KONGSI

Peminat bola sepak di Malaysia kini boleh menarik nafas nafas lega. Mana tidaknya, Kerajaan Malaysia telah melantik Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV sebagai penyiar rasmi Piala Dunia Fifa 2026 bagi memastikan orang ramai boleh menonton kejohanan itu tanpa perlu risau tentang sumber tidak sah.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang akhbar mingguan di Angkasapuri pada Rabu lalu (6 Mei 2026).

Macam Mana Nak Tonton?

Liputan Piala Dunia 2026 akan tersedia melalui beberapa platform:

  • Siaran percuma: Melalui MyTV
  • Platform OTT: RTM Klik dan Unifi TV
  • Unifi TV: Semua 104 perlawanan disiarkan secara langsung
  • RTM: Majoriti perlawanan disiarkan secara langsung atau siaran tertunda

Selain itu, program Grandstand akan dihasilkan dari Angkasapuri dalam Bahasa Melayu, dengan sebahagian kandungan dalam Bahasa Inggeris. Kemaskini terkini turut akan dikongsi melalui program Selamat Pagi Malaysia.

Acara tontonan awam juga dirancang di lokasi terpilih untuk meraikan peminat bersama-sama.

Kerajaan Memperuntukkan RM24 Juta Untuk Siaran Piala Dunia 

Kerajaan memperuntukkan RM24 juta untuk tujuan penyiaran ini. Jumlah tersebut sudah mendapat kelulusan lebih awal. Fahmi turut menyebut bahawa beberapa penaja utama sedang dalam proses muktamad dan pengumuman lanjut dijangka akan dibuat tidak lama lagi.

Amaran Kepada Yang Nak Tonton Secara Haram

Fahmi menegaskan bahawa penguatkuasaan anti-cetak rompak akan diperkukuh sepanjang kejohanan berlangsung. Semua pihak digesa untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan, dan tindakan akan diambil terhadap sebarang pelanggaran.

Jadual Utama Piala Dunia Fifa 2026

Amerika Syarikat menjadi tuan rumah bersama Mexico dan Kanada. Perlawanan pembukaan akan berlangsung di Mexico City pada 11 Jun 2026, manakala perlawanan akhir dijadualkan di New Jersey pada 19 Julai 2026.

Anda peminat bola sepak? Jangan lupa tonton perlawanan pasukan kegemaran dan lihat jadual perlawanan FIFA World Cup 2026.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments