YouTube Premium Lite Kini di Malaysia, Tonton Video Tanpa Iklan Dari RM12.90 Sebulan

KONGSI

YouTube kini menawarkan pilihan langganan baharu di Malaysia iaitu YouTube Premium Lite yang bermula pada berharga RM12.90 sebulan di mana ia 38% lebih murah berbanding pelan Premium standard (RM20.90/bulan).

Pelan ini direka untuk pengguna yang kebanyakannya menonton video biasa seperti podcast dan video pencipta kandungan (YouTuber), bukannya muzik.

Berapa Harga Setiap Pelan YouTube Premium?

Terdapat empat pelan langganan YouTube Premium yang tersedia di Malaysia:

PelanHarga
YouTube Premium LiteRM12.90/bulan
YouTube PremiumRM20.90/bulan
YouTube Premium Family (sehingga 5 ahli tambahan)RM41.90/bulan
YouTube Premium Student (pengesahan diperlukan)RM12.90/bulan

Anda boleh melanggan melalui pelayar web atau terus dalam aplikasi YouTube.

Foto: SoyaCincau

Apa Yang Dapat dengan Premium Lite?

Pelan Lite menawarkan tiga ciri utama:

  • Tonton video tanpa iklan
  • Muat turun video untuk ditonton luar talian
  • Main balik latar belakang (background playback)

Namun, ketiga-tiga ciri ini hanya terpakai untuk kebanyakan video bukan muzik. Ini termasuk video biasa, podcast dan konten yang dimuat naik oleh YouTuber.

Foto: SoyaCincau

Apa Yang Anda TIDAK Dapat dengan Premium Lite?

Walau bagaimanapun, pelan Lite ini tidak meliputi video muzik rasmi, cover muzik dan video tarian. Dalam kategori ini, iklan masih boleh muncul dan ciri background playback atau muat turun mungkin tidak tersedia.

Pelan Lite juga tidak memberi akses kepada YouTube Music. Aplikasi muzik yang berasingan itu hanya tersedia dengan pelan Premium penuh yang menawarkan muzik tanpa iklan, simpan lagu untuk didengari tanpa internet dan dengar lagu sambil buka aplikasi lain.

Premium atau Premium Lite: Mana Berbaloi?

Bergantung pada cara anda menggunakan YouTube.

Jika anda lebih banyak menonton video, vlog atau podcast, Premium Lite sudah mencukupi dan anda dapat jimat RM8 sebulan berbanding pelan penuh.

Tapi jika anda kerap menggunakan YouTube untuk mendengar muzik, atau mahu pengalaman yang lebih bebas iklan sepenuhnya tanpa pengecualian, anda digalakkan untuk  mengambil pelan Premium penuh pada harga RM20.90 sebulan.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini. 

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments