(Sumber Gambar: Hong Leong Bank. Di tengah, Dafinah Ahmed Hilmi, Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, dan di sebelah kanan, Akmal Solihi Mohd Yazid, Ketua Syariah HLISB, membincangkan lebih lanjut mengenai rangka kerja pengurusan harta kekayaan Islam dalam siri podcast Bank, “Market Matters with HLB”.)
KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2024 – Sebanyak 65% umat Islam di Malaysia memilih secara eksklusif produk perbankan dan pelaburan yang patuh Syariah, menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh Hong Leong Islamic Bank (“HLISB” atau “pihak Bank”). Kaji selidik ini melibatkan 690 orang Muslim di Malaysia yang berumur antara 18 hingga 77 tahun, dengan majoriti merekodkan pendapatan isi rumah bulanan median di bawah RM10,000.
Produk Pelaburan Pilihan Umat Islam di Malaysia
Pihak Bank juga mendapati bahawa 47% umat Islam di Malaysia sedang aktif melabur. Tiga produk pelaburan teratas adalah dana Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), simpanan Tabung Haji, dan komoditi emas, diikuti rapat oleh saham-saham Malaysia dan akaun simpanan berpendapatan tinggi.
Walaupun terdapat persepsi dalam kalangan responden bahawa produk pelaburan Islam menjana pulangan yang lebih rendah, HLISB berusaha untuk memastikan bahawa penyelesaian patuh Syariah yang ditawarkannya direka bentuk untuk berdaya saing dengan produk konvensional. Ini bagi memberikan pelanggan yang memilih produk perbankan Islam manfaat dan pulangan yang setaraf dengan pasaran.
HLISB Tawar Pengurusan Harta Kekayaan Patuh Syariah
Menurut Dafinah Ahmed Hilmi, Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank, hasil kaji selidik ini membuka peluang kepada pihak Bank untuk memanfaatkan pasaran yang sedang berkembang dengan menawarkan pendekatan pengurusan kekayaan komprehensif yang selari dengan prinsip kekayaan Islam.
“Umat Islam merangkumi kira-kira 63.5% daripada populasi di Malaysia, dan menurut kaji selidik kami, 65% memilih produk perbankan Islam secara eksklusif. Ini mencerminkan permintaan yang kukuh untuk penyelesaian perbankan dan pelaburan yang patuh Syariah,” kata Dafinah.
“Dalam perbankan Islam, pelaburan bukan hanya tentang mengembangkan kekayaan peribadi. Ia berfungsi sebagai komponen penting dalam ekosistem pengurusan kekayaan Islam, iaitu satu kerangka kerja dari awal hingga akhir yang merangkumi penciptaan, pengumpulan, pengagihan, pemeliharaan, dan penyucian harta.”
“Dibina atas nilai-nilai Islam dan prinsip-prinsip Syariah, pendekatan komprehensif ini mempromosikan altruisme dan tanggungjawab sosial secara aktif, memastikan risiko dan keuntungan dikongsi antara mereka yang memerlukan dan mereka yang mempunyai lebihan.”
“Pihak Bank mempunyai kedudukan unik sebagai perantara kewangan untuk memenuhi permintaan ini dengan perkhidmatan pengurusan kekayaan yang luas, inovatif, dan patuh Syariah. Kami membantu pelanggan kami menceburi ruang pelaburan Islam sambil memastikan harta kekayaan mereka dilindungi di bawah ekosistem kewangan Halal dari awal hingga akhir. Kami mahu menjadi platform yang ideal bagi rakyat Malaysia untuk memulakan, mengembangkan, dan mempelbagaikan portfolio pelaburan patuh Syariah mereka.”
Ramai Responden Tidak Mempunyai Perancangan Kewangan yang Betul
Kaji selidik Bank juga mendedahkan bahawa 77% umat Islam di Malaysia tidak mempunyai rancangan kewangan yang didokumenkan, walaupun 84% responden mengaku mempunyai keinginan untuk menjadi kaya. Ini menyoroti betapa pentingnya strategi pengurusan kekayaan Islam yang komprehensif dalam mendidik individu Muslim untuk membina masa depan kewangan yang selaras dengan prinsip-prinsip Islam.
Akmal Solihi Mohd Yazid, Ketua Bahagian Syariah HLISB, menekankan kepentingan pengurusan kekayaan Islam dan bagaimana pihak Bank ingin membantu para pelanggan memanfaatkan pengurusan tersebut dengan sepenuhnya.
“Dalam Islam, pemerolehan, perbelanjaan, dan pemeliharaan harta perlu dijalankan dengan betul dan bertanggungjawab, berpegang kepada prinsip-prinsip Islam. Ini telah mendorong para sarjana Muslim kontemporari untuk mencipta satu set garis panduan yang memastikan keseluruhan perjalanan pengurusan harta mematuhi peraturan-peraturan Islam ini.
“Dengan pasukan pakar Syariah yang berdedikasi dan rekod prestasi yang terbukti dalam kewangan Islam, kami memastikan bahawa penyelesaian kekayaan yang kami reka khas memenuhi garis panduan Syariah yang ketat sambil memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami.”
Akses Dana Pelaburan Patuh Syariah dengan HLISB
Pelanggan boleh memulakan perjalanan pelaburan patuh Syariah mereka dengan mudah bersama HLISB, yang menyediakan akses kepada pelbagai dana Islam yang telah memenangi anugerah dan menjana pulangan yang memberangsangkan selama ini. Contohnya, HL Dana Makmur dan HL Dana Maa’rof yang masing-masing mencatatkan pulangan tahunan selama lima tahun sebanyak 18.45% dan 11.41% setakat 30 Jun 2024.
Bagi mereka yang mencari pelaburan jangka pendek dengan risiko yang lebih rendah, Akaun Pelaburan Berjangka (Term Investment Account) HLISB merupakan satu alternatif di mana pelanggan boleh mula melabur dengan serendah RM500 untuk tempoh 1, 3, 6, 9, atau 12 bulan.
Pelancaran Siri Podcast Pengurusan Harta Kekayaan HLB
Selaras dengan usaha untuk meningkatkan perkhidmatan nasihat pengurusan kekayaan Islam, pihak Bank juga telah melancarkan siri podcast pengurusan kekayaan bertajuk “Market Matters with HLB”. Ia bertujuan untuk melengkapkan orang ramai dengan pandangan dan pengetahuan mengenai pelaburan serta penyelesaian pengurusan kekayaan HLB.
Episod-episod akan datang termasuklah kupasan mendalam mengenai pengurusan kekayaan Islam bersama duta jenama HLB, Lisa Surihani dan Alif Satar.
Tonton semua episod siri podcast “Market Matters with HLB” di YouTube, atau layari laman web HLISB untuk ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian pengurusan harta kekayaan anda.
Maklumat Berguna: Selain produk pelaburan dan simpanan, terdapat juga pelbagai pilihan kad kredit Islamik di Malaysia yang menawarkan sehingga 12% pulangan tunai! Jika anda berminat untuk melengkapkan perancangan kewangan patuh Syariah anda secara menyeluruh, jom bandingkan kad kredit Islamik terkini.
