Kad Tanpa Yuran Tahunan
Bandingkan kad kredit sama ada percuma seumur hidup atau dengan pengecualian yuran tahunan bagi memaksimumkan penjimatan.
Promosi Minggu ini
16x Akses Lounge PercumaMaybank Islamic World Elite Mastercard Ikhwan
Maybank Islamic World Elite Mastercard Ikhwan
- Pendapatan Min.
- RM 15,833
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Pendapatan
- 15% p.a.
Nikmati ganjaran TreatsPoints, perlindungan Takaful perjalanan dan akses lounge lapangan terbang percuma serta keistimewaan eksklusif World Mastercard.

Tiada Yuran TahunanOCBC Great Eastern Platinum MasterCard
OCBC Great Eastern Platinum MasterCard
- Pendapatan Min.
- RM 4,000
- Yuran Tahunan
- percuma
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati pulangan tunai sehingga 2.5% bagi pembayaran insurans dan perbelanjaan runcit. Gandakan penjimatan untuk perlindungan dan perbelanjaan harian.

Insurans percumaKad Kredit-i Bank Islam Visa Platinum
Kad Kredit-i Bank Islam Visa Platinum
- Pendapatan Min.
- RM 3,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Pendapatan
- 13.5% p.a.
Nikmati pulangan tunai sehingga 5% dengan had RM30 sebulan dan insurans perjalanan percuma sehingga RM1 juta (tertakluk terma!).

8x mata ganjaran untuk perbelanjaan luar negaraStandard Chartered Visa Platinum
Standard Chartered Visa Platinum
- Pendapatan Min.
- RM 8,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati 8X mata ganjaran untuk perbelanjaan luar negara serta ganjaran eksklusif untuk makan dan barangan runcit.

OCBC$ sah untuk 5 tahunOCBC 365 MasterCard
OCBC 365 MasterCard
- Pendapatan Min.
- RM 4,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati sehingga 10X OCBC$ bagi pembelian harian seperti makanan, barangan runcit dan beli-belah. Kemudian anda boleh tebus mata untuk pulangan tunai.

Manfaat perjalananMaybank Manchester United Visa Infinite
Maybank Manchester United Visa Infinite
- Pendapatan Min.
- RM 8,333
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Raih 10X TreatsPoints bagi transaksi berkaitan Man United serta diskaun barangan The Red Devils, tiket masuk ke Old Trafford dan hidangan di Red Café!

Kemudahan kad menarikKad Kredit BSN Al-Aiman Platinum
Kad Kredit BSN Al-Aiman Platinum
- Pendapatan Min.
- RM 4,000
- Yuran Tahunan
- percuma
- Kadar Pendapatan
- 13.5% p.a.
Nikmati sehingga 2x Happy Points apabila berbelanja luar negara serta insurans perjalanan percuma sehingga RM300,000.

Manfaat pelancongan premiumCIMB Preferred Visa Infinite
CIMB Preferred Visa Infinite
- Pendapatan Min.
- RM -
- Yuran Tahunan
- percuma
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati 8X Mata Bonus bagi setiap pembelian makanan tempatan dan luar negara, serta lindungi diri dengan insurans Takaful percuma apabila anda melancong!

Tiada Yuran TahunanKad Kredit BSN Al-Aiman Emas
Kad Kredit BSN Al-Aiman Emas
- Pendapatan Min.
- RM 3,000
- Yuran Tahunan
- percuma
- Kadar Pendapatan
- 13.5% p.a.
Nikmati pelbagai keistimewaan Kad Kredit BSN Al-Aiman Emas termasuk pengecualian yuran tahunan, Takaful perjalanan percuma dan faedah ketidakselesaan perjalanan.

Insurans perjalanan RM2 jutaOCBC World MasterCard
OCBC World MasterCard
- Pendapatan Min.
- RM 8,333
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati pulangan tunai bagi setiap perbelanjaan, 2x akses percuma ke Plaza Premium Lounge dan insurans perjalanan percuma sehingga RM2,000,000.

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!
Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas


Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan Terbaik di Malaysia 2026
Ramai yang beranggapan semua kad kredit mempunyai yuran tahunan. Tetapi sebenarnya, tidak semua kad mengenakan caj ini. Di Malaysia, terdapat beberapa kad kredit terbaik tanpa yuran tahunan ditawarkan antaranya kad kredit Public Bank Quantum Visa dan Alliance Bank Visa Virtual.
Dengan kad kredit tanpa yuran tahunan ini, anda boleh menikmati pelbagai ganjaran dan keistimewaan tanpa perlu risau tentang bayaran tambahan setiap tahun. Pilihan ini sangat sesuai bagi individu yang ingin berjimat sambil menikmati kelebihan kad kredit yang ditawarkan.

Kad Kredit HSBC Live+

Kad Kredit Standard Chartered Journey

UOB ONE Card

Kad Kredit RHB Cash Back Visa

Kad Kredit Alliance Bank Visa Virtual
Apa Itu Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan?
Kad kredit tanpa yuran tahunan merujuk pada kad yang tidak mengenakan apa-apa bayaran tahunan kepada pemegang kad untuk menikmati manfaatnya. Di Malaysia, ada sesetengah kad kredit ditawarkan percuma seumur hidup tanpa apa-apa caj tahunan.
Selain itu, ada juga kad kredit yang menawarkan pengecualian yuran tahunan dengan syarat-syarat tertentu seperti perbelanjaan minimum tahunan atau bilangan transaksi tertentu.
Perlukah Anda Mendapatkan Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan?
Pengguna kad kredit kali pertama disarankan untuk memilih kad kredit tanpa yuran tahunan. Ini kerana, ia membolehkan anda menikmati ganjaran dan faedah tanpa bayaran tambahan selain membantu membina skor kredit anda.
Yuran tahunan percuma jika guna 12X setahun
Yuran tahunan kad kredit AEON BiG Visa Gold percuma untuk tahun pertama. Tahun seterusnya dikecualikan jika lakukan sekurang-kurangnya 12 transaksi setahun.

Gaji Min.
RM 36,000
Yuran Tahunan
RM 95
Percuma yuran tahunan untuk tahun pertama
Yuran tahunan kad kredit HSBC TravelOne dikecualikan untuk tahun pertama. Bagi tahun kedua dan seterusnya, perlu berbelanja minimum RM20,000 setahun untuk pengecualian yuran tahunan.

Gaji Min.
RM 102,000
Yuran Tahunan
RM 300
Yuran tahunan percuma jika buat satu transaksi setiap bulan
Yuran tahunan kad kredit UOB EVOL dikecualikan jika anda membuat sekurang-kurangnya 1 transaksi runcit setiap bulan tanpa had perbelanjaan minimum.

Gaji Min.
RM 36,000
Yuran Tahunan
RM 90
Yuran tahunan percuma seumur hidup
Kad kredit-i Maybank Islamic myimpact Ikhwan Mastercard Platinum ini menawarkan pengecualian yuran tahunan seumur hidup. Anda hanya perlu bayar RM25 sahaja setiap tahun untuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

Gaji Min.
RM 24,000
Yuran Tahunan
RM 0
Soalan-Soalan Lazim Tentang Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan
Yuran tahunan bukan lagi syarat wajib untuk memiliki kad kredit yang berbaloi. Banyak kad kredit tanpa yuran tahunan di Malaysia kini menawarkan pulangan tunai, rebat petrol, dan faedah lain yang setanding dengan kad berbayar. Sebelum anda memohon, ada beberapa perkara yang perlu difahami supaya anda tidak terlepas sebarang syarat atau caj yang mungkin terpakai.
Apakah beza antara kad kredit "Percuma Seumur Hidup" dan "Pengecualian Yuran"?
Kad "Percuma Seumur Hidup" seperti Maybank 2 Gold Card tidak mengenakan yuran tahunan langsung tanpa syarat. Kad "Pengecualian Yuran" pula memerlukan anda mencapai perbelanjaan minimum tahunan atau bilangan transaksi tertentu sebelum yuran dimansuhkan. Untuk memahami dengan lebih lanjut bagaimana setiap mekanisme ini berfungsi, baca panduan pengecualian yuran tahunan kad kredit kami.
Kenapa masih perlu bayar RM25 setahun walaupun kad kredit tiada yuran tahunan?
RM25 tersebut ialah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia ke atas setiap kad kredit utama. Caj ini tetap dikenakan setiap tahun tanpa mengira sama ada kad anda menawarkan yuran tahunan percuma atau tidak.
Bagaimana cara memastikan yuran tahunan kad kredit dikecualikan secara automatik?
Pastikan anda memenuhi syarat penggunaan seperti perbelanjaan runcit dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh ulang tahun kad. Transaksi seperti pengeluaran tunai, JomPAY, dan pelan ansuran biasanya tidak dikira sebagai perbelanjaan yang layak.
Adakah kad kredit tanpa yuran tahunan masih berbaloi dan ada pulangan tunai?
Ya. Kad seperti Public Bank Quantum Visa menawarkan pulangan tunai sehingga 5% untuk kategori petrol, barangan runcit, dan pembelian dalam talian, tanpa sebarang yuran tahunan. Kadar pulangan ini setanding dengan kebanyakan kad berbayar di pasaran. Untuk pilihan lain, lihat senarai kad kredit pulangan tunai terbaik yang kami susun mengikut kategori perbelanjaan.
Bolehkah saya mohon kad kredit tanpa yuran tahunan dengan gaji RM2,000 sebulan?
Boleh. Kebanyakan kad kredit asas di Malaysia memerlukan pendapatan minimum RM24,000 setahun. Kad seperti Alliance Bank Visa Platinum sering menjadi pilihan kerana syarat kelayakan lebih rendah dan tiada yuran tahunan dikenakan. Jika anda masih keliru dalam membuat pilihan, baca panduan memilih kad kredit yang sesuai berdasarkan tabiat perbelanjaan anda.
Adakah terdapat caj lain selain yuran tahunan kad kredit?
Ya. Selain SST RM25 setahun, anda juga perlu mengambil kira caj faedah jika ada baki tertunggak, yuran pengeluaran tunai, serta caj lewat bayar sekiranya tidak membuat bayaran minimum tepat pada masanya. Untuk maklumat lanjut tentang risiko pengeluaran tunai khususnya, baca artikel nak keluarkan wang tunai guna kad kredit? fikir dulu.
Apakah kad kredit Islamik tanpa yuran tahunan terbaik di Malaysia?
Antara kad kredit Islamik yang sering menjadi pilihan pengguna adalah RHB Shell Visa-i, yang menawarkan rebat petrol sehingga 8% di stesen Shell, dan CIMB PETRONAS Visa Platinum-i dengan rebat sehingga 5% di stesen PETRONAS. Kedua-duanya beroperasi mengikut prinsip Syariah dan tiada yuran tahunan dikenakan.
Bolehkah saya memiliki lebih daripada satu kad kredit tanpa yuran tahunan?
Boleh. Jika pendapatan anda bawah RM36,000 setahun, anda dihadkan kepada dua bank sahaja. Jika lebih, anda boleh memohon beberapa kad kredit selagi memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Adakah kad kredit virtual juga percuma yuran tahunan?
Ya. Kad seperti Alliance Bank Visa Virtual biasanya ditawarkan tanpa yuran tahunan seumur hidup dan sesuai untuk transaksi dalam talian yang lebih selamat.
Mengapa permohonan kad kredit saya ditolak walaupun gaji mencukupi?
Selain pendapatan, bank turut menilai skor kredit melalui CCRIS dan CTOS serta komitmen kewangan sedia ada. Semak kedua-dua rekod ini sebelum memohon dan pastikan nisbah komitmen bulanan anda berada di bawah 60% daripada pendapatan bersih.
Dengar Apa Kata Pengguna Kami
Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak





