Kad Tanpa Yuran Tahunan
Bandingkan kad kredit sama ada percuma seumur hidup atau dengan pengecualian yuran tahunan bagi memaksimumkan penjimatan.
Promosi Minggu ini
15% pulangan tunai untuk petrolKad Kredit Standard Chartered Simply Cash
Kad Kredit Standard Chartered Simply Cash
- Pendapatan Min.
- RM 8,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Nikmati 15% pulangan tunai untuk pembelian barangan dapur dan makanan, serta petrol, tanpa yuran tahunan untuk tahun pertama.

5% pulangan tunai petrol & barangan runcitMaybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card-i
Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card-i
- Pendapatan Min.
- RM 2,000
- Yuran Tahunan
- percuma
- Kadar Pendapatan
- 15% p.a.
Nikmati 5% pulangan tunai setiap Jumaat dan Sabtu serta kumpul TreatsPoints bagi setiap perbelanjaan.

Sehingga 5X Shopee CoinsMaybank Shopee Visa Platinum
Maybank Shopee Visa Platinum
- Pendapatan Min.
- RM 2,000
- Yuran Tahunan
- percuma
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Dapatkan sehingga 5X Shopee Coins untuk pembelian di Shopee, makan, hiburan dan pembayaran tanpa sentuh! Kumpul Shopee Coins dan tebus diskaun hebat.

Pulangan tunai 10%!Kad Kredit-i RHB Islamic Cash Back
Kad Kredit-i RHB Islamic Cash Back
- Pendapatan Min.
- RM 2,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Pendapatan
- 15% p.a.
Dapatkan pulangan tunai sehingga 10% setiap bulan dan pelan faedah 0% dengan RHB Smart Instalment, serta nikmati 20 hari caj kewangan tanpa faedah!

5% pulangan tunai dan 5X TreatsPointsMaybank 2 Platinum Cards
Maybank 2 Platinum Cards
- Pendapatan Min.
- RM 5,000
- Yuran Tahunan
- percuma
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Dapatkan 5X TreatsPoints untuk barangan runcit, beli-belah, dan petrol, 5% pulangan tunai bagi perbelanjaan hujung minggu, serta yuran tahunan percuma seumur hidup.

8% pulangan tunai untuk kelestarian bumiMaybank Islamic myimpact Ikhwan Mastercard Platinum Credit Card-i
Maybank Islamic myimpact Ikhwan Mastercard Platinum Credit Card-i
- Pendapatan Min.
- RM 2,000
- Yuran Tahunan
- percuma
- Kadar Pendapatan
- 15% p.a.
Nikmati kad kredit tanpa yuran tahunan seumur hidup dan 8% pulangan tunai serta dilengkapi ciri penjejak karbon bagi menyokong usaha penanaman semula pokok!

Pulangan tunai dan yuran tahunan percumaAFFIN DUO Visa Cash Back
AFFIN DUO Visa Cash Back
- Pendapatan Min.
- RM 2,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Pembelian atas talian kini lebih berbaloi dengan pulangan tunai sebanyak 3%. Selain itu, anda juga boleh menikmati penjimatan dengan Pelan Pembayaran 0% Faedah AFFIN serta yuran tahunan percuma!

Pulangan tunai petrol 12%Kad Kredit-i RHB Shell Visa
Kad Kredit-i RHB Shell Visa
- Pendapatan Min.
- RM 2,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Pendapatan
- 15% p.a.
Nikmati pulangan tunai apabila mengisi minyak di Shell dan pulangan tunai untuk perbelanjaan harian dan keperluan asas.

0% Pelan Pembayaran FlexiAlliance Bank Visa Infinite
Alliance Bank Visa Infinite
- Pendapatan Min.
- RM 5,000
- Yuran Tahunan
- percuma *
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Dapatkan 10X TBP bagi perbelanjaan di luar negara, 2X akses percuma ke Plaza Premium Lounge dan 0% Pelan Pembayaran Flexi sehingga 3 bulan.

Rebat tunai dan mata ganjaranPublic Bank Quantum Visa
Public Bank Quantum Visa
- Pendapatan Min.
- RM 3,000
- Yuran Tahunan
- percuma
- Kadar Faedah
- 15% p.a.
Dapatkan pulangan tunai sehingga 1% setiap bulan serta 2X Mata Ganjaran VIP ketika berbelanja.

Tak Reti Pilih Kad Kredit? Biar Kami Bantu!
Jawab beberapa soalan di WhatsApp dan kami akan carikan kad kredit yang sesuai untuk anda.

Cari Kad Kredit Mengikut Ciri Khas


Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan Terbaik di Malaysia 2026
Ramai yang beranggapan semua kad kredit mempunyai yuran tahunan. Tetapi sebenarnya, tidak semua kad mengenakan caj ini. Di Malaysia, terdapat beberapa kad kredit terbaik tanpa yuran tahunan ditawarkan antaranya kad kredit Public Bank Quantum Visa dan Alliance Bank Visa Virtual.
Dengan kad kredit tanpa yuran tahunan ini, anda boleh menikmati pelbagai ganjaran dan keistimewaan tanpa perlu risau tentang bayaran tambahan setiap tahun. Pilihan ini sangat sesuai bagi individu yang ingin berjimat sambil menikmati kelebihan kad kredit yang ditawarkan.

Kad Kredit HSBC Live+

Kad Kredit Standard Chartered Journey

UOB ONE Card

Kad Kredit RHB Cash Back Visa

Kad Kredit Alliance Bank Visa Virtual
Apa Itu Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan?
Kad kredit tanpa yuran tahunan merujuk pada kad yang tidak mengenakan apa-apa bayaran tahunan kepada pemegang kad untuk menikmati manfaatnya. Di Malaysia, ada sesetengah kad kredit ditawarkan percuma seumur hidup tanpa apa-apa caj tahunan.
Selain itu, ada juga kad kredit yang menawarkan pengecualian yuran tahunan dengan syarat-syarat tertentu seperti perbelanjaan minimum tahunan atau bilangan transaksi tertentu.
Perlukah Anda Mendapatkan Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan?
Pengguna kad kredit kali pertama disarankan untuk memilih kad kredit tanpa yuran tahunan. Ini kerana, ia membolehkan anda menikmati ganjaran dan faedah tanpa bayaran tambahan selain membantu membina skor kredit anda.
Yuran tahunan percuma jika guna 12X setahun
Yuran tahunan kad kredit AEON BiG Visa Gold percuma untuk tahun pertama. Tahun seterusnya dikecualikan jika lakukan sekurang-kurangnya 12 transaksi setahun.

Gaji Min.
RM 36,000
Yuran Tahunan
RM 95
Percuma yuran tahunan untuk tahun pertama
Yuran tahunan kad kredit HSBC TravelOne dikecualikan untuk tahun pertama. Bagi tahun kedua dan seterusnya, perlu berbelanja minimum RM20,000 setahun untuk pengecualian yuran tahunan.

Gaji Min.
RM 102,000
Yuran Tahunan
RM 300
Yuran tahunan percuma jika buat satu transaksi setiap bulan
Yuran tahunan kad kredit UOB EVOL dikecualikan jika anda membuat sekurang-kurangnya 1 transaksi runcit setiap bulan tanpa had perbelanjaan minimum.

Gaji Min.
RM 36,000
Yuran Tahunan
RM 90
Yuran tahunan percuma seumur hidup
Kad kredit-i Maybank Islamic myimpact Ikhwan Mastercard Platinum ini menawarkan pengecualian yuran tahunan seumur hidup. Anda hanya perlu bayar RM25 sahaja setiap tahun untuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

Gaji Min.
RM 24,000
Yuran Tahunan
RM 0
Soalan-Soalan Lazim Tentang Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan
Yuran tahunan bukan lagi syarat wajib untuk memiliki kad kredit yang berbaloi. Banyak kad kredit tanpa yuran tahunan di Malaysia kini menawarkan pulangan tunai, rebat petrol, dan faedah lain yang setanding dengan kad berbayar. Sebelum anda memohon, ada beberapa perkara yang perlu difahami supaya anda tidak terlepas sebarang syarat atau caj yang mungkin terpakai.
Apakah beza antara kad kredit "Percuma Seumur Hidup" dan "Pengecualian Yuran"?
Kad "Percuma Seumur Hidup" seperti Maybank 2 Gold Card tidak mengenakan yuran tahunan langsung tanpa syarat. Kad "Pengecualian Yuran" pula memerlukan anda mencapai perbelanjaan minimum tahunan atau bilangan transaksi tertentu sebelum yuran dimansuhkan. Untuk memahami dengan lebih lanjut bagaimana setiap mekanisme ini berfungsi, baca panduan pengecualian yuran tahunan kad kredit kami.
Kenapa masih perlu bayar RM25 setahun walaupun kad kredit tiada yuran tahunan?
RM25 tersebut ialah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia ke atas setiap kad kredit utama. Caj ini tetap dikenakan setiap tahun tanpa mengira sama ada kad anda menawarkan yuran tahunan percuma atau tidak.
Bagaimana cara memastikan yuran tahunan kad kredit dikecualikan secara automatik?
Pastikan anda memenuhi syarat penggunaan seperti perbelanjaan runcit dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh ulang tahun kad. Transaksi seperti pengeluaran tunai, JomPAY, dan pelan ansuran biasanya tidak dikira sebagai perbelanjaan yang layak.
Adakah kad kredit tanpa yuran tahunan masih berbaloi dan ada pulangan tunai?
Ya. Kad seperti Public Bank Quantum Visa menawarkan pulangan tunai sehingga 5% untuk kategori petrol, barangan runcit, dan pembelian dalam talian, tanpa sebarang yuran tahunan. Kadar pulangan ini setanding dengan kebanyakan kad berbayar di pasaran. Untuk pilihan lain, lihat senarai kad kredit pulangan tunai terbaik yang kami susun mengikut kategori perbelanjaan.
Bolehkah saya mohon kad kredit tanpa yuran tahunan dengan gaji RM2,000 sebulan?
Boleh. Kebanyakan kad kredit asas di Malaysia memerlukan pendapatan minimum RM24,000 setahun. Kad seperti Alliance Bank Visa Platinum sering menjadi pilihan kerana syarat kelayakan lebih rendah dan tiada yuran tahunan dikenakan. Jika anda masih keliru dalam membuat pilihan, baca panduan memilih kad kredit yang sesuai berdasarkan tabiat perbelanjaan anda.
Adakah terdapat caj lain selain yuran tahunan kad kredit?
Ya. Selain SST RM25 setahun, anda juga perlu mengambil kira caj faedah jika ada baki tertunggak, yuran pengeluaran tunai, serta caj lewat bayar sekiranya tidak membuat bayaran minimum tepat pada masanya. Untuk maklumat lanjut tentang risiko pengeluaran tunai khususnya, baca artikel nak keluarkan wang tunai guna kad kredit? fikir dulu.
Apakah kad kredit Islamik tanpa yuran tahunan terbaik di Malaysia?
Antara kad kredit Islamik yang sering menjadi pilihan pengguna adalah RHB Shell Visa-i, yang menawarkan rebat petrol sehingga 8% di stesen Shell, dan CIMB PETRONAS Visa Platinum-i dengan rebat sehingga 5% di stesen PETRONAS. Kedua-duanya beroperasi mengikut prinsip Syariah dan tiada yuran tahunan dikenakan.
Bolehkah saya memiliki lebih daripada satu kad kredit tanpa yuran tahunan?
Boleh. Jika pendapatan anda bawah RM36,000 setahun, anda dihadkan kepada dua bank sahaja. Jika lebih, anda boleh memohon beberapa kad kredit selagi memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Adakah kad kredit virtual juga percuma yuran tahunan?
Ya. Kad seperti Alliance Bank Visa Virtual biasanya ditawarkan tanpa yuran tahunan seumur hidup dan sesuai untuk transaksi dalam talian yang lebih selamat.
Mengapa permohonan kad kredit saya ditolak walaupun gaji mencukupi?
Selain pendapatan, bank turut menilai skor kredit melalui CCRIS dan CTOS serta komitmen kewangan sedia ada. Semak kedua-dua rekod ini sebelum memohon dan pastikan nisbah komitmen bulanan anda berada di bawah 60% daripada pendapatan bersih.
Dengar Apa Kata Pengguna Kami
Dipercayai oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia untuk keputusan kewangan yang lebih bijak





