Logo RinggitPlus, platform perbandingan produk kewangan di Malaysia

Pinjaman Peribadi Berkelulusan Segera Terbaik

Dapatkan kelulusan segera dalam masa 24 jam untuk pinjaman anda—sesuai untuk kecemasan.

Paparan Pinjaman Peribadi Berkelulusan Segera
Kongsikan kepada kami apa yang anda cari
RM
RM
Tetapkan semula
Lihat Semua Pinjaman Peribadi Peribadi Berkelulusan Segera
Paparan 1 hingga 10 daripada 15 hasil carian

Sukar buat keputusan untuk memilih pinjaman peribadi?
Biar kami bantu anda!

Bimbingan buat anda sepanjang proses permohonan

Cari Pinjaman Sesuai

Jawab beberapa soalan dengan chatbot kami

3D Lock

Kami melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan PDPA.

Kami menghormati privasi anda dan komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan bertanggungjawab

Cari Pinjaman Peribadi Mengikut Ciri Khas

Islamik

Islamik

Pembiayaan patuh Syariah dengan syarat yang telus

Faedah Rendah

Faedah Rendah

Pinjaman mampu milik dengan kadar faedah kompetitif

Gaji Rendah

Gaji Rendah

Pilihan pinjaman untuk peminjam berpendapatan sederhana

Pinjaman Peribadi Dengan Kelulusan Segera Terbaik Di Malaysia 2025

Situasi kecemasan dan keterujaan adalah salah satu sebab mengapa sesetengah individu mencari pinjaman yang membolehkan mereka mendapat kelulusan dalam tempoh yang cepat. Mesti ramai yang bersetuju bahawa antara perkara yang ‘berat’ setiap bulan adalah apabila terpaksa menghitung hari untuk gaji seterusnya - lebih-lebih lagi kalau ada situasi kecemasan melibatkan wang.

Situasi-situasi seperti perlu membayar bil perubatan, yuran pendidikan, penyelenggaraan kereta atau rumah dan tunggakan bil utiliti pastinya memerlukan anda untuk mendapatkan bantuan kewangan dengan kadar segera.

Selain itu, keterujaan untuk merancang perkahwinan, percutian atau membayar wang deposit rumah dan kereta juga menjadi salah satu faktor seseorang mahu mendapatkan pinjaman dengan kelulusan segera.

Bagi memudahkan anda membuat perbandingan, kami telah menyenaraikan 5 pilihan pinjaman peribadi berkelulusan segera terbaik dari bank di Malaysia:

Ada Ke Bank Di Malaysia Yang Tawarkan Pinjaman Peribadi Berkelulusan Segera?

Pemberi pinjaman seperti bank biasanya akan mengikut garis panduan kewangan dalam meluluskan permohonan pinjaman yang mengambil masa beberapa hari bekerja.

Bagi mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan bantuan kewangan dengan segera, anda juga boleh mempertimbangkan pilihan bukan bank seperti pinjaman wang berlesen, koperasi dan platform peer-to-peer.

Tetapi anda dinasihatkan untuk mengamalkan sikap berhati-hati apabila mahu mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan bukan bank. Sebaik-baiknya, semak dahulu kesahihan syarikat tersebut dengan menyemak nombor pendaftaran syarikat melalui MyData SSM.

Macam Mana Cara Nak Mohon Pinjaman Peribadi Berkelulusan Segera Di Malaysia?

Pinjaman peribadi berkelulusan segera boleh dimohon dengan berkunjung ke mana-mana cawangan bank bergantung kepada pilihan pinjaman peribadi yang ingin diambil.

Untuk lebih mudah, anda juga boleh membuat permohonan secara dalam talian sahaja - tak perlu keluar rumah dan lebih menjimatkan masa!

Nak tahu cara yang lebih mudah? Mohon sahaja melalui RinggitPlus. Dalam tempoh kurang dari 10 minit, anda boleh menyelesaikan kesemua proses di mana sahaja anda berada - Semuanya di hujung jari!

Bandingkan Pinjaman Peribadi Berkelulusan Segera Terbaik Untuk Anda
Pinjaman peribadi

Mulakan proses permohonan dengan menyemak senarai lengkap pinjaman peribadi di RinggitPlus

Semak Kelayakan
Semak kelayakan

Semak terlebih dahulu sama ada layak atau tidak untuk memohon pinjaman peribadi

Sembang dengan kami di WhatsApp
Sembang di chatbot

Jawab beberapa soalan di chatbot WhatsApp kami untuk mohon pinjaman peribadi pilihan anda - tersedia 24/7

Macam Mana Untuk Dapatkan Kelulusan Segera Bagi Permohonan Pinjaman Saya?

Bergantung pada latar belakang kredit anda dan syarat asas yang ditetapkan oleh setiap pemberi pinjaman kewangan. Pinjaman anda boleh mengambil masa sehingga 7 hari bekerja untuk diluluskan.

Sebelum permohonan dibuat, ada beberapa tips yang boleh membantu anda untuk mendapatkan pinjaman dengan kelulusan segera.

Disiplin adalah kunci utama. Tahu tak, bank sebenarnya ada akses untuk melihat sejarah kewangan anda melalui laporan kredit dari CCRIS dan CTOS. Bank akan mendapatkan maklumat dari sumber ini untuk mengesahkan kelayakan kredit anda ketika memohon pinjaman. Jika anda mempunyai tabiat melambat-lambatkan pembayaran semula, ia akan dicatatkan dalam laporan kredit sehingga 12 bulan.
Kebanyakan bank akan menolak permohonan pinjaman jika anda mempunyai sejarah pembayaran lewat atau lebih teruk lagi - tidak membuat pembayaran langsung. Ia secara tidak langsung akan membuatkan potensi untuk pinjaman diluluskan semakin tipis. Perkara terbaik adalah dengan menyelesaikan semua hutang dan tunggu beberapa tempoh bagi membolehkan sejarah kewangan di CCRIS telah dipadam sebelum memohon pinjaman baharu.
Jika bank mendapati anda mempunyai jumlah komitmen melebihi pinjaman dan hutang kad kredit, ia tidak akan memberi tanggapan baik kepada pihak bank untuk meluluskan pinjaman. Sentiasa ingat, komitmen bulanan tidak sepatutnya melebihi tahap kemampuan anda.
Untuk mereka yang baru sahaja menjana pendapatan dan mahu membina sejarah kredit dalam kewangan, kad kredit adalah salah satu cara terbaik untuk membentuk sejarah kredit. Banding dan pilih kad kredit tanpa yuran tahunan serta had yang rendah dan berbelanja dalam jumlah yang sedikit terlebih dahulu untuk melihat kemampuan anda untuk membayarnya semula.

Pinjaman Peribadi Yang Mana Sesuai Dengan Keperluan Saya?

Pilihan pinjaman peribadi ini bergantung kepada keperluan anda. Berikut kami senaraikan beberapa pinjaman peribadi dengan kelulusan segera yang bersesuaian mengikut situasi kewangan masing-masing.

Beli Kereta Baharu

Dania mengambil keputusan untuk membeli kereta selepas ditawarkan pekerjaan baharu di Kuala Lumpur dan perlu lapor diri segera di syarikat itu. Kerjayanya itu memerlukan dia untuk pergi ke destinasi berbeza dalam satu hari. Jadi, Dania mahu mengambil Pinjaman Peribadi CIMB Cash Plus untuk membolehkan dia membayar deposit kereta tersebut.

Pinjaman Peribadi CIMB Cash Plus
Pinjaman Peribadi CIMB Cash Plus

Kadar Faedah dari

4.38% p.a.

Pinjaman Maksimum

RM 100,000

Kos Rawatan Perubatan Hospital

Aisya disahkan menghidap penyakit berbahaya dan perlu menjalani rawatan kadar segera. Oleh kerana tidak mempunyai insurans kesihatan, Aimi bertindak membuat Pinjaman Peribadi Alliance Bank CashFirst berjumlah RM 20,000 untuk tempoh 3 tahun bagi menampung kos pembedahan yang perlu dijalani secepat mungkin.

Pinjaman Peribadi Alliance CashFirst
Pinjaman Peribadi Alliance CashFirst

Kadar Faedah dari

4.99% p.a.

Pinjaman Maksimum

RM 200,000

Kos Penyelenggaraan Rumah

Kim mendapat berita yang siling rumahnya runtuh secara tiba-tiba akibat digigit anai-anai. Wang simpanan sedia ada tidak mencukupi untuk membolehkan dia segera membaiki kerosakan dalam rumahnya. Jadi dia bertindak mengambil Pembiayaan Peribadi-i HSBC Amanah berjumlah RM 15,000 untuk tempoh 2 tahun bagi membantunya membayar kos penyelenggaraan rumah.

Pembiayaan Peribadi-i HSBC Amanah
Pembiayaan Peribadi-i HSBC Amanah

Kadar Keuntungan dari

4.88% p.a.

Pembiayaan Maksimum

RM 250,000

Tunggakan Bil Utiliti

Aiman mengalami masalah di mana elektrik di rumahnya tidak lagi mempunyai bekalan elektrik kerana mempunyai tunggakan berjumlah RM 4,000 selepas cuai dalam membayarnya selama 4 bulan. Perkara ini membuatkan Aiman mengambil pinjaman dengan kelulusan segera dari Pinjaman Peribadi Adacash agar dia dapat hidup seperti biasa untuk menguruskan kehidupan seharian.

Pinjaman Peribadi Adacash
Pinjaman Peribadi Adacash

Kadar Faedah dari

18.00% p.a.

Pinjaman Maksimum

RM 5,000

Bagaimana Untuk Kira Bayaran Ansuran Bulanan Saya?

Untuk memudahkan anda memilih pinjaman peribadi yang sesuai, jom kami beri contoh seperti di bawah:

Bayangkan anda sedang mencari pinjaman berjumlah RM 50,000 dari Bank A untuk tempoh 5 tahun bagi tujuan menampung kos pengubahsuaian rumah. Bank A menawarkan kadar faedah tetap sebanyak 5.99% setahun dan boleh mendapat kelulusan serta-merta menerusi permohonan dalam talian.

Berikut adalah contoh pengiraan:

Contoh Pengiraan Tempoh Pinjaman

Anda membuat pinjaman berjumlah RM 50,000 dengan Bank A.

Jenis BayaranJumlah
Kadar FaedahRM 50,000 x 5.99% = RM 2,995 setahun x 5 tahun = RM 14,975
Jumlah Keseluruhan PinjamanRM 50,000 + RM 14,975 = RM 64,975
Ansuran BulananRM 64,975 ÷ dengan 60 bulan (5 tahun) = RM 1,082.90 sebulan

Namun sebelum pihak bank meluluskan jumlah pinjaman anda, mereka akan membuat pengiraan Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR) terlebih dahulu untuk melihat sama ada anda mampu atau tidak untuk membayar semula pinjaman tersebut.

Soalan-soalan Lazim Berkaitan Pinjaman Peribadi Berkelulusan Segera di Malaysia

Bagi anda yang masih buntu dan keliru tentang pinjaman peribadi berkelulusan segera, berikut adalah soalan-soalan lazim yang diharapkan boleh membantu anda untuk memahami dengan lebih baik.

Had umur permohonan bagi pinjaman peribadi bergantung kepada institusi kewangan. Namun kebanyakan bank meletakkan 21 tahun sebagai umur minimum untuk memohon.
Jumlah pendapatan minimum itu bergantung kepada syarat kelayakan yang ditetapkan oleh bank atau sesebuah institusi kewangan.
Kebiasaannya ia mengambil masa sekitar 2 hingga 5 hari bekerja selepas permohonan dan dokumen lengkap telah dihantar ke pihak bank. Tetapi ada juga sesetengah permohonan dan wang pinjaman dikreditkan ke akaun anda dalam tempoh 24 jam selepas selesai membuat permohonan dalam talian.
Yuran Pembayaran Lewat akan dikenakan ke atas tunggakan baki.
Pekerja Bergaji:

• Salinan IC (depan dan belakang)
• Slip gaji 3 atau 6 bulan terkini (bergantung pada bank)
• Penyata bank 3 atau 6 bulan terkini (bergantung pada bank)
• Penyata EPF 3 atau 6 bulan terkini (bergantung pada bank)
• E-borang BE/ BE terkini dengan resit rasmi pembayaran cukai
• Borang EA terkini

Bekerja Sendiri:

• Salinan IC (depan dan belakang)
• Sijil Pendaftaran Perniagaan
• Penyata bank syarikat 3 atau 6 bulan terkini (bergantung pada bank)
• E-borang BE/ BE terkini dengan resit rasmi pembayaran cukai
• Penyata komisen 6 bulan terkini dan penyata bank (untuk pekerja berdasarkan komisen)
Kebanyakan pihak tidak membenarkan warga asing untuk memohon pinjaman peribadi. Namun, mereka dialu-alukan untuk memohon pinjaman rumah dan pinjaman kereta di Malaysia, tetapi bergantung juga kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.
Bergantung kepada sejarah kredit dengan institusi kewangan yang lain kerana semua maklumat seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, hutang pinjaman kereta dikumpul dalam CCRIS/CTOS iaitu sistem yang mengumpulkan informasi mengenai kredit peminjam.

Sesetengah bank mungkin boleh meluluskan pinjaman jika anda boleh membuktikan bahawa anda mampu untuk menguruskan kewangan peribadi daripada mengumpul lebih banyak hutang.
Laporan CCRIS boleh disemak secara dalam talian melalui portal eCCRIS dan pengguna kali pertama perlu mendaftar terlebih dahulu.

Selain portal eCCRIS, laporan CCRIS anda boleh didapatkan melalui agensi seperti Experian atau boleh berkunjung ke mana-mana cawangan AKPK.

Pinjaman Peribadi Yang Mana Satu Saya Patut Mohon?

Daripada pinjaman peribadi untuk pekerja bergaji rendah sehingga pinjaman peribadi jenis Shariah, terdapat pelbagai jenis pinjaman yang boleh dimohon mengikut kelayakan masing-masing.

Bagi anda yang masih buntu dan tidak tahu pinjaman peribadi mana yang lebih sesuai mengikut keperluan, kami di RinggitPlus boleh membantu anda dengan menyenaraikan beberapa pilihan lain yang mungkin boleh memudahkan urusan pilihan anda.

Pinjaman Peribadi Untuk Individu Bergaji Rendah

Pilihan terbaik untuk mereka yang berpendapatan rendah dan memerlukan kewangan tambahan untuk menguruskan kehidupan seharian.

Pinjaman Peribadi Dengan Kadar Faedah Rendah

Sesuai bagi mereka yang mahu mengurangkan komitmen dengan cara memohon pinjaman yang menawarkan kadar faedah yang rendah dalam bayaran bulanan.

Pinjaman Peribadi Untuk Penjawat Awam / GLC

Terbaik untuk penjawat awam yang mahu membuat pinjaman peribadi dengan kadar faedah rendah - khas untuk golongan ini sahaja!

Pinjaman Peribadi Islamik Dan Patuh Shariah

Sesuai bagi mereka yang menitikberatkan kewangan Islamik dan menepati Shariah dalam pinjaman peribadi.