Kempen Suara Hati Bank Rakyat Tawar Rebat Sehingga 5% Untuk Anda!

KONGSI

Bank Rakyat telah melancarkan Kempen Suara Hati di mana pelanggan berpeluang untuk menerima dua kategori rebat yang menarik iaitu rebat runcit dan rebat petrol. 

Ia adalah cara yang mudah untuk anda dapatkan pulangan tunai sambil berbelanja. Sebelum anda pergi ke pasar raya atau stesen minyak, pastikan anda tahu bagaimana untuk memanfaatkan peluang ini sepenuhnya.

Rebat Runcit Sebanyak 3% Untuk Perbelanjaan Runcit Runcit

Cara Sertai Kempen

Kategori pertama adalah Rebat Runcit, dan konsepnya sangat mudah. Setiap kali anda menggunakan Kad Kredit-i Bank Rakyat untuk membeli barangan runcit (patuh Syariah) di mana-mana kedai atau pasar raya di seluruh negara, anda akan mendapatkan rebat sebanyak 3%

Berbeza dengan promosi lain, tiada had maksimum untuk jumlah pulangan tunai yang boleh anda terima sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Walau bagaimanapun, ada satu syarat yang perlu dipatuhi iaitu jumlah pembelian dalam satu resit mestilah minimum RM100. Ini bermakna jika anda berbelanja dengan jumlah kurang daripada itu, anda tidak akan mendapat rebat untuk transaksi tersebut.

Tempoh Kempen Ini Berlangsung

Rebat Runcit hanya tersedia dari 18 hingga 24 Mac 2026 atau sehingga had RM50,000 habis digunakan (mengikut mana-mana yang terdahulu). 

Jadi, jika anda ingin mendapatkan rebat ini, pastikan anda berbelanja dalam jangka masa yang ditetapkan.

Untuk maklumat lebih lanjut,boleh rujuk dalam Terma dan Syarat.  

Rebat Petrol Sehingga 5% untuk Setiap Isian Minyak

Cara Sertai Kempen

Rebat petrol pula menawarkan rebat yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5% untuk setiap pembelian petrol, diesel, atau barangan lain di mana-mana stesen minyak di seluruh negara. 

Nak tahu apa yang lebih menarik? Tiada jumlah minimum pembelian diperlukan. Jikaanda hanya membeli satu liter petrol, anda tetap akan mendapat rebat.

Had Rebat yang Perlu Diketahui

Walaupun kadar rebat lebih tinggi, tetapi ada had rebat iaitu sebanyak RM40 untuk setiap pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat sepanjang tempoh kempen. Jadi, apabila anda mencapai had maksimum yang telah ditetapkan ini, rebat tidak lagi diberikan.

Tempoh dan Syarat

Rebat petrol berlangsung dari 18 hingga 31 Mac 2026 atau sehingga had RM100,000 habis digunakan (mengikut mana-mana yang terdahulu). Ini bermakna tempoh rebat petrol lebih lama berbanding kategori runcit.

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan rebat petrol ini, boleh rujuk dalam Terma dan Syarat.  

Siapa Yang Layak untuk Kempen Ini?

Kempen Suara Hati ini terbuka kepada semua pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat sama ada pemegang kad utama mahupun kad tambahan, termasuk semua warga kerja. Walau bagaimanapun, pemegang Kad Kredit-i Korporat tidak layak untuk menyertai kempen ini.

Terdapat satu sahaja syarat utama untuk menyertai kempen ini iaitu anda perlu memastikan Kad Kredit-i Bank Rakyat berstatus aktif. 

Jadi, pastikan anda tidak mempunyai sebarang masalah dengan akaun anda sebelum memulakan belanja.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments