Maybank Islamic Lancar Kad Kredit-i Nadi Mastercard Dengan Kadar Tetap 14%

KONGSI

Maybank Islamic Berhad secara rasminya memperkenalkan Kad Kredit-i Nadi Mastercard. Ia sebuah produk pembiayaan patuh Syariah baharu yang menawarkan kadar keuntungan tetap 14% setahun tanpa yuran tahunan dan tiada caj berkompaun. 

Langkah ini diambil di saat semakin ramai rakyat Malaysia mencari penyelesaian kewangan praktikal yang lebih mudah difahami serta selaras dengan nilai hidup mereka. Kad kredit ini direka supaya pemegang kad mengetahui kos sebenar dari peringkat awal. Ia sekali gus membolehkan pengurusan aliran tunai bulanan dilakukan dengan lebih cekap, telus, dan yakin. 

Ketetapan Kadar Keuntungan tanpa Struktur Bertingkat

Keunikan utama Nadi Mastercard terletak pada penghapusan sistem kadar bertingkat yang kebiasaannya boleh mencecah sehingga 18% di pasaran. Melalui kad ini, pelanggan dapat menikmati kadar keuntungan tetap sebanyak 14% setahun.

Manfaat ini digabungkan bersama akses menyeluruh ke dalam ekosistem Maybank selaku pengeluar kad terbesar di Malaysia. Ia merangkumi rangkaian luas serta lebih 1,000 keistimewaan pedagang dan manfaat eksklusif di peringkat serantau.

Pengurusan Kewangan Yang Bertanggungjawab

Difahamkan, nama “Nadi” yang membawa maksud pulse dalam bahasa Inggeris, dipilih bagi mencerminkan peranan penting Maybank dalam kehidupan kewangan harian rakyat Malaysia. 

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Dato’ Sri Khairussaleh Ramli, kepercayaan merupakan tunjang utama perbankan yang dibina melalui kejelasan serta tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada pelanggan. Pengenalan instrumen ini merupakan inovasi bermatlamat untuk menyediakan akses pembiayaan secara bertanggungjawab dengan cara yang mudah diakses, mampu milik, dan bermakna, demi memberikan impak mampan kepada komuniti. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan Islam merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Mohamad Yasin Abdullah turut menegaskan bahawa produk kewangan sepatutnya memperkasa pelanggan untuk membuat keputusan yang bijak. Langkah ini selaras dengan komitmen bank dalam Menginsankan Perkhidmatan Kewangan (Humanising Financial Services) dengan menawarkan kepastian kos dan ketenangan fikiran dalam pembiayaan harian pengguna.

Cara Mohon Kad Kredit-i Nadi Mastercard

Berdasarkan pengesahan rasmi daripada pihak bank, permohonan untuk Kad Kredit-i Nadi Mastercard akan mula dibuka kepada umum bermula Oktober 2026. Pengguna yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian menerusi aplikasi MAE dan portal Maybank2u, atau dengan hadir sendiri ke mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara.

Pada pandangan kami, langkah Maybank menetapkan kadar rata 14% serta menghapuskan caj berkompaun dan yuran tahunan adalah satu tindakan yang tepat. Ia secara langsung dapat membantu orang ramai merancang perbelanjaan harian mereka dengan lebih telus dan selamat. 

Bagi anda yang sedang mencari kad kredit Islamik terbaik pula, anda boleh bandingkan dan mohon di RinggitPlus.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.    

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen