Maybank melancarkan kempen Jom Bayar & MAEnang 2026 yang memberi peluang kepada pengguna Maybank2u dan aplikasi MAE untuk memenangi pek baucar digital setiap bulan bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2026.
Setiap bulan, 6,000 pemenang dipilih secara rawak untuk menerima Pek Baucar digital bernilai RM50.
Tiga Cara Untuk Layak Menang
Untuk layak menyertai kempen ini, anda hanya perlu membayar bil, tambah nilai prabayar atau membuat transaksi perbankan dalam talian seperti biasa melalui Maybank2u atau aplikasi MAE.
Anda juga perlu lengkapkan mana-mana satu kategori transaksi dalam sebulan:
| Kategori Transaksi | Bilangan Transaksi | Nilai Minimum Setiap Transaksi |
| Maybank2u Online Banking (FPX/DuitNow) | 6 transaksi | RM20 |
| Bayaran Bil melalui ‘Pay Bills‘ (bukan JomPAY) | 3 transaksi | RM20 |
| Tambah Nilai Prabayar melalui ‘Reload‘ | 2 transaksi | RM20 |
Bayaran boleh dibuat melalui Akaun Semasa, Akaun Simpanan Maybank atau Maybank Islamic, Kad Kredit, mahupun MAE Wallet.
Jika anda berjaya memenuhi lebih daripada satu kategori dalam bulan yang sama, anda akan dimasukkan ke dalam semua undian berkenaan. Namun, jika anda menang dalam dua kategori serentak, hanya satu Pek Baucar yang diberikan iaitu berdasarkan kategori yang paling awal diselesaikan.
Apa Yang Anda Boleh Dapat Dengan Pek Baucar RM50?
Pek baucar yang diberikan mengandungi gabungan baucar digital dari jenama-jenama kegemaran anda seperti Sooka, Pizza Hut, Tealive, Shopee, Zus Coffee, Watsons dan Caltex.

Senarai jenama dan baucar yang disertakan boleh berubah dari bulan ke bulan dan nilai keseluruhan Pek Baucar adalah RM50 atau lebih.
Perlu Klik ‘Join Now’ Untuk Sertai Kempen Mulai Julai
Untuk bulan Jun, pendaftaran adalah automatik. Manakala mulai Julai hingga Disember pula anda perlu mendaftar masuk dengan klik ‘Join Now’ di bahagian Tap, Track, Win dalam aplikasi MAE.
Pemenang akan dimaklumkan melalui notifikasi dalam aplikasi MAE dan baucar akan dihantar terus ke alamat e-mel yang berdaftar dengan Maybank.
Jadual pengagihan hadiah adalah seperti berikut:
| Bulan Kempen | Tarikh Hadiah Diagihkan |
| Jun 2026 | Sebelum 31 Julai 2026 |
| Julai 2026 | Sebelum 31 Ogos 2026 |
| Ogos 2026 | Sebelum 30 September 2026 |
| September 2026 | Sebelum 31 Oktober 2026 |
| Oktober 2026 | Sebelum 30 November 2026 |
| November 2026 | Sebelum 31 Disember 2026 |
| Disember 2026 | Sebelum 31 Januari 2027 |
Bagi syarat kempen pula, ia terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas. Pekerja tetap dan kontrak Maybank tidak layak menyertai. Untuk maklumat lanjut, hubungi Maybank di 1 300 88 6688 atau +603 7844 3696, atau layari laman web Maybank2u.
Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemaskini terkini.

Seorang yang gemar menulis dan berkongsi idea. Minat terhadap perjalanan dan pengalaman baharu, serta menghargai keindahan dunia dari pelbagai perspektif. Sentiasa mencari inspirasi dalam perkara-perkara kecil di sekeliling.
