AmBank Tawar Pembiayaan Sehingga RM750,000 untuk PMKS Yang Terjejas Akibat Konflik Asia Barat

KONGSI

AmBank Group menyertai Kemudahan Pelepasan Penstabilan PKS (SME Stabilisation Relief Facility atau SME SRF) melalui AmBank (M) Berhad dan AmBank Islamic Berhad, sebagai langkah menyokong perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan akibat gangguan perdagangan global yang berpunca daripada konflik di Asia Barat.

Kemudahan ini dibuat khusus untuk membantu PMKS mengekalkan operasi dan aliran tunai sepanjang tempoh ketidaktentuan ekonomi ini.

Proses Kelulusan Seawal Tiga Minggu

Selain pembiayaan itu sendiri, AmBank turut memperkenalkan laluan permohonan yang lebih pantas untuk pelanggan perniagaan, tidak kira sama ada bagi pelanggan baharu atau yang sedia ada. . Kelulusan dijangka siap dalam tempoh seawal tiga minggu, tertakluk kepada kelengkapan dokumen dan syarat pembiayaan. 

Apa yang PMKS Boleh Dapat

PMKS yang layak boleh mengakses kemudahan ini dengan terma berikut:

  • Jumlah pembiayaan: Sehingga RM750,000
  • Tempoh pembiayaan: Sehingga 5 tahun
  • Kadar pembiayaan/keuntungan: Maksimum 3.75% setahun (termasuk yuran jaminan)
  • Sokongan jaminan: Sehingga 80% liputan jaminan melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC) dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), terutamanya untuk PMKS yang mempunyai cagaran terhad

Tempoh Permohonan dan Keutamaan

Permohonan dibuka dari 15 Mei 2026 hingga 31 Disember 2026, atau sehingga dana RM5 bilion yang diperuntukkan habis digunakan. Keutamaan diberikan kepada PMKS tempatan yang terjejas.

Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan AmBank Group, Christopher Yap berkata, PMKS merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia dan kemudahan ini bertujuan membantu mereka mengekalkan operasi, menjaga aliran tunai dan memperkukuh ketahanan perniagaan dalam tempoh ini.

Cara Untuk Memohon Pembiayaan

PMKS yang berminat boleh:

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen