Batik Air Tawar Diskaun Sehingga 35% Untuk Tiket Penerbangan Ke 63 Destinasi!

KONGSI

Jika anda sudah lama menangguh ingin membeli tiket penerbangan berikutan kenaikan harga akibat konflik di Timur Tengah, mungkin ini masa yang sesuai untuk anda membuat keputusan.

Batik Air kini menawarkan diskaun sehingga 35% untuk tambang ekonomi dan business class terpilih, dengan tempahan dibuka sehingga 30 April 2026 untuk perjalanan hingga 30 November 2026.

Dua Kelas Penerbangan, Pelbagai Pilihan

Promosi ini bukan sahaja untuk kelas ekonomi. Penumpang Business Class turut layak mendapat diskaun sehingga 35%.

Economy Class:

  • Diskaun sehingga 35%
  • Elaun bagasi sehingga 25kg
  • Bagasi kabin: 1 beg, sehingga 7kg
  • Pilihan tukar tarikh tersedia

Business Class:

  • Diskaun sehingga 35%
  • Elaun bagasi sehingga 40kg
  • Bagasi kabin: maksimum 2 beg, sehingga 10kg
  • Keutamaan daftar masuk, menaiki kapal terbang dan pengendalian bagasi

Untuk tambang Ekonomi, promosi ini merangkumi dua pilihan iaitu Economy Value dan Economy Flexi. Kedua-duanya datang dengan pilihan tukar tarikh tanpa caj tambahan (bergantung kepada perbezaan harga tambang):

  • Economy Value: Membenarkan satu pertukaran tarikh
  • Economy Flexi: Pertukaran tarikh tanpa had

63 Destinasi Merentasi 20 Negara

Promosi ini merangkumi lebih 63 destinasi merentasi 20 negara, termasuk Sydney, Shanghai, Bali, Phuket, Colombo, Bangkok dan New Delhi.

Menurut Batik Air, langkah ini diambil sebagai respons kepada perubahan tingkah laku pengguna di mana ramai pengembara kini lebih mengutamakan fleksibiliti dan kawalan ke atas perancangan perjalanan mereka, bukan semata-mata mencari harga tiket yang murah.

Tempahan boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih Batik Air atau laman sesawang rasmi Batik Air. Perlu diingatkan bahawa tarikh akhir tempahan adalah pada 30 April 2026.

Batik Air Laras Caj Bahan Api

Sebelum ini, Batik Air Malaysia mengesahkan pihaknya telah mengeluarkan notis kepada rakan perdagangan perjalanan tentang pelarasan caj bahan api laluan domestik dan antarabangsa.

Menurut notis bertarikh 9 Mac, pelarasan caj bahan api akan mula berkuat kuasa pada 11 Mac 2026. Bagi kebanyakan laluan penerbangan.

Bagi penerbangan melibatkan negara-negara seperti Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun, perubahan caj itu akan dilaksanakan mulai 25 Mac 2026.

Langkah ini dibuat susulan peningkatan kos bahan api jet di pasaran global yang memberi tekanan kepada kos operasi syarikat penerbangan.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments