Bayar Bil TNB Guna FPX Maybank Dan Dapat Entri Tambahan untuk Cabutan Bertuah Zest-i

KONGSI

Akaun Zest-i kini bukan sekadar tempat menyimpan wang, ia juga boleh menjadi tiket untuk anda memenangi hadiah menarik. 

Mulai 31 Mac hingga 30 Jun 2026, pemegang Akaun Zest-i Maybank Islamic boleh mengumpul penyertaan tambahan untuk Cabutan Bertuah Zest-i (Zest-i Account Prize Draw) dengan hanya  membayar bil TNB melalui aplikasi myTNB menggunakan kaedah pembayaran FPX.

Siapa Yang Layak Untuk Sertai Cabutan Bertuah Zest-i Ini?

Kelayakan adalah berbeza mengikut status akaun anda:

Pemegang Akaun Zest-i Baharu:

  1. Buka Akaun Zest-i baharu; DAN
  2. Masukkan sekurang-kurangnya RM200 ke dalam akaun, capai pertumbuhan tambahan Baki Purata Harian (BPH) sebanyak RM200, dan kekalkan Baki Akhir Bulan (BAB) sebanyak RM200
  3. Bayar bil TNB melalui kaedah FPX menggunakan mana-mana Akaun Maybank atau Maybank Islamic

Pemegang Akaun Zest-i Sedia Ada:

  1. Masukkan sekurang-kurangnya RM200 ke dalam akaun, capai pertumbuhan tambahan BPH sebanyak RM200, dan kekalkan BAB sebanyak RM200
  2. Bayar bil TNB melalui kaedah FPX menggunakan mana-mana Akaun Maybank atau Maybank Islamic

Perlu diingatkan untuk akaun bersama, hanya pemegang akaun utama sahaja yang layak menyertai kempen ini.

Berapa Banyak Entri Yang Anda Dapat?

Jumlah Bayaran Bil TNBPenyertaan Tambahan
RM100 dan ke atas2 penyertaan tambahan
Bawah RM1001 penyertaan tambahan

Penyertaan tambahan ini dikira berdasarkan gabungan BPH dalam Akaun Zest-i dan jumlah bayaran bil TNB anda.

4 Tips Tambahan Untuk Cabutan Bertuah Zest-i yang Ramai Terlepas Pandang

Bukan sekadar bayar bil, ada beberapa ‘trick’ dan fakta penting yang boleh bantu anda untuk ‘menang besar’:

  • Tidak Terhad Untuk Akaun Zest-i Sahaja: Anda tak perlu guna baki dalam akaun Zest-i untuk bayar. Gunakan mana-mana akaun Maybank atau Maybank Islamic milik anda, asalkan anda memilih kaedah FPX semasa pembayaran. Penyertaan akan tetap dikreditkan ke profil Zest-i anda.
  • Bayar Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Penyertaan: Tak perlu bayar sekaligus dalam jumlah besar. Jika anda buat beberapa kali transaksi untuk bil TNB yang sama (pembayaran separa), sistem akan mengumpul jumlah keseluruhan transaksi anda dalam bulan tersebut untuk melayakkan anda mendapat penyertaan.
  • Satu Bulan, Satu Kemenangan: Walaupun anda mempunyai banyak akaun TNB (contohnya rumah sendiri, rumah sewa, atau rumah ibu bapa), ganjaran kempen bagi kategori ini dihadkan kepada sekali sahaja bagi setiap pemenang setiap bulan.
  • Penyertaan Berulang Setiap Bulan: Peluang anda tidak tamat selepas bulan pertama. Selagi tempoh kempen masih berjalan, anda layak untuk mengumpul penyertaan tambahan setiap bulan dengan syarat anda memenuhi kriteria pembayaran pada bulan berkenaan.

Bila dan Macam Mana Cabutan Bertuah Ini Dijalankan?

Ganjaran bulanan akan dimasukkan ke dalam cabutan bertuah Zest-i pada minggu pertama bulan berikutnya

Pemenang akan dihubungi melalui nombor telefon yang didaftarkan dengan Maybank Islamic, dan senarai pemenang turut diumumkan setiap akhir bulan di http://www.maybank2u.com/zesti.

Pastikan Akaun Zest-i anda kekal aktif sehingga ganjaran ditunaikan. Akaun yang ditutup sebelum tarikh pemenuhan tidak layak menerima sebarang ganjaran.

Perkara Lain Yang Perlu Diketahui

  • Ganjaran tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit, atau baucar.
  • Maybank Islamic berhak membuat perubahan kepada terma kempen dengan notis sekurang-kurangnya 21 hari terlebih dahulu.
  • Dengan menyertai kempen ini, anda dianggap bersetuju dengan Penyata Privasi Maybank dan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di 1 300 88 6688 atau +603 7844 3696. Maklumat penuh tentang Akaun Zest-i boleh didapati di maybank.my/zesti.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments