Diskaun 45% Untuk Samsung Galaxy Ring Di Malaysia, Harga Cuma RM1,154.45!

KONGSI

Harga Galaxy Ring kini turun 45% di Malaysia sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia. Samsung Malaysia menurunkan harga runcit peranti ini daripada RM2,099 kepada RM1,154.45, iaitu penjimatan sebanyak RM944.55 untuk setiap unit. Tawaran ini sah sehingga 30 September 2026, atau sehingga stok habis, menurut laporan SoyaCincau

Diskaun 45% ini ditawarkan untuk Galaxy Ring. Namun, Samsung memaklumkan sesetengah saiz cincin mempunyai stok terhad. Sesetengah saiz mungkin kehabisan stok lebih awal, jadi lebih baik anda semak dan buat tempahan awal jika berminat.  

Mata Ganjaran Boleh Turunkan Harga Ke RM11.55

Ahli Samsung Rewards juga boleh menebus mata ganjaran terkumpul untuk mengimbangi sehingga 99% daripada harga selepas diskaun. Jumlah sebenar yang anda boleh tebus bergantung kepada baki mata ganjaran yang anda ada.

Sebagai contoh, tebusan maksimum 99% daripada RM1,154.45 bersamaan kira-kira RM1,142.90 yang boleh ditolak terus daripada harga akhir anda, menjadikan baki bayaran serendah RM11.55. Nak tahu berapa banyak mata ganjaran anda ada, buka sahaja aplikasi Samsung Wallet dan pergi ke bahagian Samsung Rewards.

ButiranJumlah
Harga asalRM2,099.00
Harga selepas diskaun 45%RM1,154.45
PenjimatanRM944.55
Baki selepas tebusan mata ganjaran (sehingga 99%)RM11.55

Anda boleh beli Galaxy Ring terus melalui kedai dalam talian rasmi Samsung Malaysia.

Saiz, Warna Dan Ciri Kesihatan Galaxy Ring 

Galaxy Ring ialah penjejak kecergasan yang muat pada jari anda, dengan ketebalan 2.6mm dan berat antara 2.3g hingga 3.3g bergantung saiz yang anda pilih. Terdapat 9 saiz yang boleh anda pilih iaitu dari saiz 5 hingga saiz 14, dalam tiga warna kemasan titanium iaitu Titanium Black, Titanium Silver dan Titanium Gold.

Ia dilengkapi dengan ciri accelerometer, sensor kadar jantung optik dan sensor suhu kulit yang menjejak kadar jantung serta tahap oksigen dalam darah anda. Melalui aplikasi Samsung Health, anda boleh semak analisis tidur dan dapatkan Sleep Coaching. Kalau anda ada masalah dengkur, Snore Detection pun disokong, dengan syarat telefon anda serasi dan sedang dicas berdekatan semasa anda tidur.

Galaxy Ring turut menyokong kawalan gerak isyarat. Cubit dua kali (double-pinch) antara jari yang memakai cincin dan ibu jari boleh jadi shutter kamera jarak jauh, atau untuk hentikan penggera pagi anda.

Jangka Hayat Bateri Dan Masa Pengecasan 

Bateri Galaxy Ring antara 18mAh hingga 23.5mAh, bergantung saiz, dengan jangka hayat sehingga tujuh hari untuk saiz lebih besar mengikut Samsung. Secara amnya, pengguna boleh jangkakan sekurang-kurangnya empat hari penggunaan bagi satu pengecasan penuh. Kotak pengecasnya yang lutsinar bawa bateri 361mAh sendiri, cukup untuk cas 0 hingga 40% dalam 30 minit sahaja. Nak cas penuh? Ambil masa sehingga 90 minit. 

Galaxy Ring direka untuk dipakai sepanjang hari, dengan rating ketahanan 10ATM dan IP68. Anda boleh terus pakainya semasa mandi atau berenang. Ia serasi dengan telefon Android anda, tetapi sebahagian ciri berfungsi lebih lancar apabila dipasangkan dengan telefon pintar Samsung Galaxy.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.  

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen