GSC Tawar Beli 1 Percuma 1 Tiket Wayang Bila Bayar Guna SPayLater

KONGSI

Golden Screen Cinemas (GSC) kini menawarkan promosi beli satu tiket wayang dan dapat satu lagi tiket percuma, khusus untuk anda yang membuat pembayaran menggunakan SPayLater. Tawaran ini sudah bermula sejak 28 Julai 2026 dan akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2026.

Cara Untuk Anda Tebus Tawaran Ini

Untuk mendapatkan promosi ini, anda boleh terus membuat pembelian tiket menerusi laman web atau aplikasi GSC. Pilih filem apa yang anda mahu tonton, tarikh dan lokasi pawagam GSC yang anda inginkan, kemudian pilih dua tiket Dewasa 2D. Selepas itu klik “Checkout & Pay” dan pilih SPayLater sebagai kaedah pembayaran sebelum anda teruskan pembayaran.

Syarat Penting Sebelum Anda Beli Tiket

Tawaran hanya sah di pawagam GSC seluruh negara, kecuali Aurum Theatre dan Velvet Cinemas. Promosi ini diberikan setiap hari dari Isnin hingga Ahad, tetapi terhad kepada tayangan Normal 2D sahaja. Pembelian anda mesti dibuat melalui laman web atau aplikasi GSC dengan pembayaran menggunakan SPayLater, dan tidak boleh digabungkan dengan promosi lain, kupon, atau kad ahli.

Penebusan turut dihadkan kepada 100 slot sehari untuk pengguna SPayLater yang layak, dengan konsep ‘siapa cepat dia dapat’. GSC turut berhak meminda syarat dan terma tawaran ini tanpa notis awal.

Guna BNPL Dengan Bijak

Sedikit nasihat untuk anda, kemudahan Buy Now Pay Later (BNPL) sememangnya memudahkan ramai orang dalam membuat pembayaran termasuk membeli tiket wayang, namun sebaiknya anda hanya menggunakannya dalam had yang mampu anda bayar semula sahaja, memandangkan ia tetap satu bentuk kredit.

Ikuti saluran WhatsApp rasmi kami untuk tip kewangan dan kemas kini terkini.

0 0 votes
Penilaian Artikel
Subscribe
Notify of

0 Komen